APA NAK KATE EK

Terima kasih di atas kelapangan anda semua yang sudi menjenguk di ruang maya blog ku yang xseberapa ini..Minta maaf kalau ada antara kata-kataku yang terkasar, tersalah ejanya, pasar bahasanya..Kalau ada cadangan dan idea yang dapat menceriakan ruang ini, bantuan anda amatlah diharapkan.

Friday 26 August 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamualaikum,

Saya menyusun jari sepuluh ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada kesilapan dan kesalahan secara langsung atau tidak langsung dalam setiap tinta yang saya ceritakan dalam blog saya ni. Terima kasih di atas sokongan anda yang mengikuti setiap tinta saya. 

Saya dan keluarga juga ingin mengambil kesempatann untuk memohon ampun dan maaf kepada kaum keluarga yang tersayang, sanak saudara, rakan-rakan, jiran tetangga, rakan sekerja dan selainnya atas segala salah dan silap. Mohon dihalalkan segala yang terguna, termakan, terminum, terpakai..Semoga hari lebaran yang bakal tiba akan memberikan seribu makna yang indah buat kalian. Berhati-hati pulang beraya walau di mana anda berada.

Ikhlas dari kami : 
Rasyidi bin Mohd Tahir
Farha Nesyita binti Agos Lokman
Rifqee Fayyadh bin Rasyidi

Tuesday 23 August 2011

Kuih Raya Lagi...

Assalamualaikum..

Apa?Kuih raya lagi..hehehe.. Maapla yer. Tahun ni tetap jugak buat kuih yang sememangnya tiap2 tahun akan buat..Coklat chip cookies..walaupun rasenye idakler sesedap famous amours tu (betul ker?) tapi bolehla dimakan.
Tapi kali ni, aku buat sedikit transform pada kuih itu..dan namanya Coklat chip Bersalut Oat Bertatah Bulan dan Bintang..hehe..panjang bebenor tajuknya..sebab ape?

TARA...

Bancuhan adunan dan yang siap di acuan sebelum dibakar)
Sedia untuk dibakar
Siap Sudah ke dalam balang



Kalau ada yang nak resepinya..hehe buat masa nie memang tak adela resepi di tangan..akan ku update kan di kemudian hari..

(Dan dalam kepala nie macam pikir-pikir nak buat satu kuih ciptaan sendiri...Tunggu.....)

Friday 19 August 2011

Amalan di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..cepat sungguh rasenye biler sedar hari ni dah 19 Ramadhan 1432h kita berpuasa..Syukur padaMu Ya Allah kerana Engkau memberikan ku peluang untuk bangun bersahur, berpuasa, menjalankan tugasku seperti biasa.. Aku rasakan masa berlalu begitu pantas, dan terasa terlalu banyak peluang yang telah kusia-siakan.. Ramadhan yang berlalu terus berlalu.. Sesungguhnya aku mengharapkan keredhaan dariMu untuk memberi peluang agar aku memperbaiki diriku yang hina ini..

Baru-baru, aku singgah di Pameran Produk Islam di KDN..hasratku ingin mencari sesuatu yang dapat kuberikan kepada anakku..tak banyak gerai yang ada..satu gerai telah kukunjungi..yang menjual Al Quran dari sekecil saiznya hingga yang besar. Alhamdulillah, aku memang berhasrat untuk membeli Al Quran yang kecil untuk kemudahan membaca. Apabila jurujual tu tunjukkan Al Quran yang berserta Tafsirnya, Lagi aku rase senang hati.. Terase tetiba hati ni ingin mengunkap isi Al Quran yang sebenarnya. Yela, selama ni yang aku baca, sekadar baca..apa maknanya, tak pernah aku faham..

"Bulan Ramadhan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan Al Quran, sebagai petunjuk kepada manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang benar dan yang batil). Karena barangsiapa di antara kamu ada di Bulan itu,  maka berpuasalah.  Dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (dia tidak berpuasa), maka (wajib menggantinya),sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah Mengkehendaki kemudahan bagimu,  dan tidak Mengkehendaki kesukaran bagimu. Hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan mengagungkan Allah atas petunjukNya  yang diberikan kepadamu, agar kamu bersyukur.." (Ayat 185- Surah Al-Baqarah)

Contoh Sahaja
Semalam di pejabat ada ceramah mengenai Muhasabah tentang Ramadhan... banyak info yang buatkan kita rase perlunya muhasabah diri semula tentang amalan-amalan yang telah dilaksanakan di Bulan Ramadhan ini.. Ruginya rasa tidak menyerikan Ramadhan yang berlalu sebelum ini dengan amalan-amalan yang seharusnya. Nuzul Quran telah berlalu.. Dan Malam Lailatul Qadar akan ditunggu-tunggu selepasnya.. Ya Allah aku memohon agar aku masih bernafas untuk melaksanakan setiap amalan yang Kau perintahkan..

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang-Ku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku Kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran." (Ayat 186- Surah Al-Baqarah)


Kumohon padaMu Ya Allah



Tuesday 16 August 2011

Bijak..bijak...Rifqee Fayyadh makin bijak la...

Assalamualaikum kepada mereka yang sudi menjenguk..

Amatlah terkejut semalam 15 Ogos 2011/15 Ramadhan 1432h..anak kami Rifqee Fayyadh dapat cakap dengan jelas 2 perkataan..KATAK dan KAKAK..sangatla terkejut..

Mulanye perkataan KATAK @ KTK tu..(sori terpaksa guna singkatan coz amat penggeli ngan reptilia nih..) kuar masa dalam toilet rumah mertua..ade plak bekas shower kepunyaan anak buah Umar Rayyan tu bentuk n gambarnya adalah katak.. Fayyadh dok tunjuk2la benda tue.. So saya pun cakapla..KTk,diapun KTK!amat terpaku ketika itu, then saya ulang coz nak kompem betul ke ape yang disebutnye..huaa..betul3..

Lebih Kurang macamni la rupa KTK tu..
Walaupun KTK itu amat ku geli, tp xpe sangat teruja anakku menyebutnya dengan jelas..Then malam td pun kami pg Tesco Damansara untuk membeli belah barang2 dapur..Fayyadh as usual akan duduk dalam troli, bkn side seater tu..side letak barang..berdirila dia dalam tu dengan girangnyer.. Kemudian, adela lalu sebelah makcik nie..makcik ni senyum ngan dia..then boleh plak dia cakap KAKAK!makcik tu pun terkejut, kakak? pangkat nenek dah nak...hehe kami pun senyum jela. ishhh.. Anak ibu ni peramah lebih macam ayahnyer.. Tak habis kat situ, dalam lif nak naik ke rumah, adelah minah nie..diapun tengok minah tu..KAKAK..huhu..siap babai lagi biler kuar lif..

Lain-lain perkembangan sekarang yang Rifqee Fayyadh dah pandai...
- Jalan dengan agak laju
- Makan sepenuh mulutnya
- Nak susu akan tunjuk or hulur botol dia bagi kat kita soh buat
- Minum guna straw or guna cawan
- Salam dengan cium tangan
- Babai
- Panjat almari tv
- Kemas toys bila dah habis main..(suruh dia masukkan dalam bakul toys..)
- macam-macamla lagi..dari sehari ke sehari ada je perkara baru yang dia belajar n tau nak buat..
Ya Allah, aku memohon kepadaMu, agar Kau berikanlah sepenuh perlindungan dan keberkatan dalam setiap perjalanan, perkembangan anakku Rifqee Fayyadh ini. Jauhilah dari apa jua musibah, kesakitan, keburukan, kemudaratan dari anakku ini.. Aku memohon agar anakku ini membesar dengan sihat, ceria, bijak, sentiasa mengamalkan amalan yang mulia dan berguna..

Aminnnnnnnnnn..

Imam Muda Rifqee Fayyadh..AMINNN

Monday 15 August 2011

KUIH RAYA

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan,

Haa..aku nak cerita pasal buat kuih ni..lastweek saya dah mula buat kuih feveret famili saya ni..namanye KUIH AFGAN..menarik tak namanyer.. Kuih ni belum pernah lagi aku jumpa di pasaran. memang dalam kaum kerabat famili belah mama saya jer kalau ada buat.

Kenapa aku semangat beno buat kuihnye ek?padahal merata dah jual macam2 kuih ada..berbalik pada aku kabo tadi la belum ade lagi kuih ni di pasaran. Walhal kuih ni pun dah lame dah resepinye..sampaikan diari masakan mama aku pun naik kuning dah, tulisannya pun dah tak nampak sangat. Nasib baik mamaku pesan.." Salinlah tempat lain resepinye tu..sok nak mencari balik buku tu ntahla, nipun dah naik lunyai dibuatnye.." hehe..akupun mengambil tindakan drastik terus salin..betul jugak..

Aku mula semangat buat kuih dari sekolah menengah lagi.kalau dulu lagi lah buat kuih 3,4 jenis kuihla..sarang semut, mazola, coklat chip..pernah sekali tu, aku siap berjaga sepanjang malam n malam tu adalah malam raya dok buat kuih lagi..sambil2 tengok Sampaikan Aidilfitri la..dok tukar2 chanel sume nak tengok artis yang baca sampaikan raya.. bermula itulah aku memang tiap2 tahun semangat buat kuih. rasenye tak cukup sifat raya tu kalau sendiri tak menguli...lagi semangat kalau sambil buat tu dok sebelah radio dan berkumandang lagu2 raya..aduhaii...

Ready untuk buat acuannya
Tahun2 lepas buat gak kuih untuk dijual..tahun ni xtaula..tengok upaya..stakat ni xde lagi yang nk tempah pun.hehehe...stakat ni dah dapatla 4,5 balang kuih ni aku buat..Alhamdulillah...untuk suamiku dan anakku, harap bersabo jela ngan teman ni yer dok semangat beno wat kuihnya...

Hasilnya inilah rupanya

Rasalah kuihku ini...
Untuk bekalan Adik bawak ke Sintok


Wednesday 10 August 2011

Bubur Lambuk Flora

Assalamualaikum..

Hai semua, semalam kan saya ade citer pasal Juadah Berbuka yang Menjadi Pilihan ni. Cer klik sini. Hari ni nak ceritala pasal salah satu juadah yang rasenye memang wajib beli la mase bulan puasa. Tapi, saya dengan semangatnya cuba untuk buat sendiri juadah ni..Bubur Lambuk Flora..(memandangkan masak kt umah..Flora Damansara, bubuhla nama Flora tu..huhu). Balik je rumah semalam terus singgah kedai cari apa yang patut. Tapi tula, dapat ape yang ade jela.

Antara bahan yang aku gunakan untuk buat Bubur Lambuk Flora ni...
- Beras - 1 cawan setengah
- Santan - 200gram
- rempah ratus seperti Jintan Manis, Jintan Putih, Buah pelaga (sepatutnya kena ada kayu manis n bunga lawang)
- Serbuk Lada Putih (Yang lagi bestnye lada hitam)
- Daun Sup
- Daun Pandan
- Perencah Sup
- Cendawan - dalam segenggam
- Udang kering - 10-12 ekor
- Udang basah - 10 ekor
- isi ayam yang dipotong dadu
- Bawang merah dan bawang putih dipotong halus
- Bawang goreng
- Garam secukup rase
- Minyak untuk menumis
- Air - 4cawan

Cara-caranya :
- Tumis bawang merah dan putih yang dipotong halus
- setelah kekuningan masukkan rempah ratus, isi ayam yang dipotong dadu, udang basah dan udang kering
- masukkan garam, perencah sup
- tambahkan air
- masukkan cendawan dan beras yang telah dibasuh
- perlu kacau sentiasa untuk mengelakkan beras melekat
-masukkan daun sup dan daun pandan untuk tambah wangi
- setelah nasi lembik dan empuk, masukkan santan
- Kacau sepenuhnya.
- dalam masa 1/2 jam, siaplah masak dan sedia untuk makan.

Siap dah masak
Angle jarak dekat...hehehe

Aku sediakan untuk bersahur pagi tadi makan bersama suami tercinta..kurang pedas katanye. hehe..ikutkan memang aku mau kasi spicy lebih, tapi pikirkan anak sama nak makan..kasi kurangla... Pepun aku berjaya memasaknye dengan bahan yang asal ado jer. hehe..Good Job!




Tuesday 9 August 2011

JUADAH BERBUKA PUASA YANG MENJADI PILIHAN

Assalamualaikum...
 
Cerita hari ini adalah mengenai juadah berbuka puasa di bulan Ramadhan..aku pun rujuk petikan ni dari website faveret aku..Trymasak.my..sangat syiok! Kebetulan plak aku pun nak citer entry ni..dan memang dari apa yang diterangkan dalam petikan tu sumenye dalam kepala aku ni.hahaha.. 
 
Bulan ramadhan atau bulan puasa adalah bulan yang paling dinanti-nantikan kerana ia bulan penuh keberkatan yang membawa rahmat. Ia juga sering dikaitkan dengan bulan yang penuh dengan kepelbagaian makanan. Ketika bulan ramadhan ini kebanyakkan umat islam mengambil kesempatan untuk mencari rezeki tambahan dengan menjual pelbagai jenis makanan khususnya di bazaar ramadhan yang tersedia di kebanyakkan tempat. Berikut disenaraikan beberapa jenis makanan yang popular menjelang bulan puasa.

1. Kurma

Menjelang sahaja bulan puasa, populariti buah kurma pasti akan meningkat secara tiba-tiba. Umat Islam di Malaysia secara automatik akan menjadikan makanan kegemaran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W ini sebagai salah satu menu utama samada  waktu berbuka atau waktu bersahur. Ini kerana mereka tahu tentang kepelbagaian khasiat yang terdapat di dalam buah kurma.

2. Bubur lambuk
 

Ketika bulan ramadhan, bubur lambuk biasanya disediakan secara percuma di kebanyakkan masjid. Bubur lambuk ini mempunyai khasiat tersendiri kepada kita yang berpuasa. Perut yang kosong setelah seharian berpuasa apabila diisi dengan bubur lambuk akan mudah dihadamkan dan diserap. Ditambah pula dengan hidangan kurma yang penuh khasiat, ia akan membekalkan tenaga dengan segera kepada tubuh badan kita.

3. Ayam percik
 

Ayam percik adalah salah satu daripada juadah yang popular menjelang bulan puasa. Ayam yang dibakar dan disaluti dengan sambal yang agak manis kemudian dibakar sekali lagi memang cukup menyelerakan. Malah, ia mudah didapatkan di kebanyakkan bazaar ramadhan ketika bulan puasa ini.

4. Kuih tepung pelita
 
Kuih tradisional ini sememangnya begitu popular menjelang bulan puasa kerana rasanya yang manis dan lembut. Pada asasnya ia terdiri daripada dua bahagian, iaitu bahagian atasnya yang lembut, dibuat daripada santan yang berwarna putih. Bahagian bawahnya pula dibuat dari tepung beras dan biasanya berwarna kehijauan dan lebih keras sedikit dari bahagian atas. Bekas yang biasanya hanya menggunakan daun pisang atau daun pandan akan menaikkan lagi baunya dan sesuai dijadikan sebagai juadah berbuka puasa.

5. Murtabak
 

Murtabak yang terdiri daripada lapisan empat segi dan mempunyai pelbagai jenis inti mengikut citarasa masing-masing ini sememangnya begitu popular khususnya menjelang bulan puasa. Boleh dikatakan setiap bazaar ramadhan ada menjual murtabak seperti murtabak ayam, daging, telur atau sayur. Rasanya bukan sahaja sedap, malah harganya yang berpatutan juga adalah salah satu sebab mengapa ia begitu popular khususnya menjelang bulan puasa.

6. Roti John
 

Apabila tiba bulan puasa, roti john yang dikatakan berasal dari Singapura ini sememangnya salah satu pilihan  juadah berbuka puasa yang cukup istimewa. Rotinya yang lembut dengan isi di dalamnya yang terdiri daripada telur, bawang, daging atau ayam dan pelbagai perencah lain tentunya menyelerakan serta membuka selera untuk berbuka puasa.

7. Popiah basah
 

Bahagian kulit yang diperbuat daripada tepung gandum yang dicanai nipis dengan berintikan sayur-sayuran seperti timun, taugeh dan sengkuang dihiris nipis sememangnya menaikkan selera untuk berbuka puasa. Ditambah dengan kuahnya yang berbentuk sos, terdiri daripada lada kering dan kacang tanah kisar. Walaupun ia sesuai dimakan pada bila-bila masa tetapi permintaannya semakin tinggi apabila menjelang bulan  puasa.

8. Air tebu


Hidangan air tebu sememangnya semakin popular ketika bulan puasa. Ia bukan sahaja penghilang dahaga malah kaya dengan khasiat mineral. Air tebu yang baik bukan sahaja datang dari batang tebu yang diproses dengan baik malah kulitnya perlu dikopek terlebih dahulu dengan rapi bagi menghindari dari sebarang kekotoran.

9. Air katira
 

Air katira adalah minuman penyejuk tubuh yang biasanya popular si selatan tanah air di Johor dan Melaka yang sesuai diminum ketika berbuka pada bulan ramadhan. Air katira asli berwarna hijau dan mempunyai isi yang terdiri daripadai bijian katira, buah semangkuk dan selasih. Ia sukar didapatkan selain daripada bulan puasa. 

Walaupun bulan ramadhan dilimpahi dengan kepelbagaian jenis makanan yang sedap dan lazat, kita perlulah ingat bahawa bulan ramadhan adalah bulan yang menyuruh kita menahan diri dari lapar dan dahaga. Apabila berbuka berpada-padalah dan jangan makan terlalu mengikut hawa nafsu dan melakukan pembaziran. Selamat menjalani ibadah puasa dengan sempurna!

Monday 8 August 2011

KALAU DAH JAWA NAMANYE...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pagi ni nak cerita tentang menu yang aku masak untuk juadah berbuka pada Sabtu lepas. Hehehe..pagi2 dah citer makan plak yer..tapi kenapa tajuk entry aku macam tu plak bunyi nye ek? Sebabnya aku masak SAMBAL GORENG JAWA..lalala..

Famili belah ayah aku memang keturunan jawa..kalau tengok atau dengar nama ayahku yang tercinta sudah tentu pelbagai pertanyaan akan dituju..namanya Tuan Hj. Agos Lokman bin Ashaari.. So, berbalik kepada menu tadi tu..last week tetiba teringat kt arwah embah (panggilan untuk nenek belah jawa) aku dan kampung halaman..  Dan bila bulan puase ke raya, arwah embah mesti dah sediakan masakan Sambal Goreng ni dan wajib adala! Pergi beraya di rumah sanak saudara di kampung tu pun mesti ade punyala. Kampungku di Kg. Tengah, Temoh, Perak. Jadi, biler dah teringat, akupun berusaha membeli barang2 nak buatnya. Lagipun sabtu tu aku balik berbuka di Keramat, rumah familiku.. Mesti ayah suka. Hehehe...

Bolehla jugak aku nak share resepinya di sini...

RESEPI : SAMBAL GORENG JAWA (new version :))

- Tempe (3paket)
- Kentang (4 biji)
- Kacang tanah
- Sooun (Kuning dan bihunnya)
- Ikan Bilis
- Cili Merah (Dihiris)
- Cili padi
- Kacang panjang ( untuk menambahkan hijau dalam menu ini)
- Cili kering (anggaran 2sudu setelah diblend)
- Bawang Merah
- Bawang putih
- Halia (2inci)
- Sedikit belacan (2inci)
- Garam
- Gula
- Minyak masak

(Kuantitinya ikut suka n agak-agakla nak masak banyak mana ek..kalau aku suka kentangnye lebih..hihi)
Antara bahan-bahan yang diperlukan
- Mulanya, kita potong secara memanjang macam jejari untuk tempe, kentang dan kacang panjang dan cili merah dihiris halus.
- Sementara itu, rendamkan sooun itu supaya lembut. Setelah lembut toskan.
- Kisarkan cili kering, bawang merah, bawang putih, halia, cili padi sebagai bahan menumis.
- Kemudian gorengkan tempe, kentang, kacang tanah, ikan bilis, kacang panjang dulu tapi secara berasingan.
- Kemudian ketepikan bahan-bahan yang telah digoreng tadi.
- Panaskan minyak untuk menumis bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Untuk makluman, penambahan cili  padi adalah  bagi menambahkan kepedasannya.
- Setelah pecah minyak, masukkan sooun dan bahan-bahan yang telah digorengkan semuanya ke dalam bahan menumis tadi.
- Gaul bagi mendapatkan bahan-bahan itu sebati dengan rencahnya.
-Tambahkan perisa garam dan gula secukup rasa.
- Kemudian masukkan cili merah yang dihiris tadi bagi menyeri dan menambahkan kepedasannya.
- Setelah cukup menggaul, bolehlah sedia untuk dihidang ketika berbuka nanti.

Inilah hasilnya


Rasa2 aku, mungkin ada bahan yang tertinggal n ada jugak yang aku tambah sendiri. Improvise la konon..heheh..Ini jela yang aku mampu hasilkan belajar dari peninggalan arwah embahku. Cakap jawa memang xreti pun. Huhu.. Puas hati sangat dapat masak Sambal Goreng ni. nyum2..

Selamat berkongsi resepi n selamat mencuba..:)

Friday 5 August 2011

10 Sebab Anda Gagal Menyelesaikan Tugasan Di Tempat Kerja Dengan Baik


Assalamualaikum w.b.t.

Hari yang berbahagia ni, saya nak share sket pasal kerja. Hehehe.. Walaupun ikutkan kebiasaannya Hari jumaat bluesnye tu pikir nak balik cuti hujung minggu je..ye tak?hehe.. Berdasarkan hasil pembacaan saya ni ada betulnya jugak. Jadi moh ler kita sama2 pikir dan cuba praktikkan untuk laksanakan tugas di minggu2 akan datang..

  
Anda mungkin pernah mengalami masalah tidak dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh ketua dengan baik. Cuba anda semak kembali apakah faktor-faktor yang menjadi punca masalah anda itu, semoga dengan ini anda dapat mencari jalan penyelesaian bagi masalah anda itu.

1. Terlalu banyak gangguan
Berdasarkan kajian yang telah dibuat, antara gangguan yang sering berlaku di tempat kerja ialah mesyuarat yang tak dirancang, panggilan telefon, suasana bising dan sebagainya.
2. Anda tidak mempunyai sumber yang lengkap.
Seumpama tukang masak yang memerlukan sudip dan kelengkapan memasak yang lain, begitu jugalah dengan pekerja yang memerlukan maklumat dan kelengkapan kerja seperti komputer dan data-data yang diperlukan untuk menghasilkan kerja yang memuaskan dan tepat pada masanya.
3.  Anda tidak tahu apa yang hendak dilakukan.
Menurut Clayton Warholm, seorang pakar di dalam komunikasi di tempat kerja, terdapat dua punca pekerja tidak mahir dalam melakukan kerja mereka. Samada tugasan yang diberikan itu tidak dijelaskan secara terperinci oleh ketua ( tidak tahu apa hendak dibuat) ataupun pekerja itu tidak dilatih dengan baik ( anda tidak tahu bagaimana untuk melakukannya).
4. Anda mempunyai  terlalu banyak tugasan
Sesetengah orang mempunyai terlalu banyak kerja yang tidak mungkin dapat disiapkan walaupun terpaksa bekerja 24 jam sehari selama 7 hari seminggu. Perkara ini biasa berlaku dalam mana-mana organisasi yang mempunyai pekerja yang sedikit. Akibatnya, kekecewaan akan berlaku apabila anda tidak dapat menyiapkan tugas kerana tidak mungkin akan dapat melakukannya.
5.  Anda tiada kemahiran menguruskan masa.
Pekerja yang mempunyai kemahiran ini melakukan apa yang paling penting tetapi sebaliknya  pula bagi yang lemah pengurusan masanya melakukan apa yang dilihatnya senang dan menyeronokkan.
6. Anda seorang yang suka bertangguh.
Kenapa harus menunggu esok jika perkara itu boleh dilakukan hari ini? Anda mungkin menangguhkan sesuatu kerja itu kerana anda khuatir hasil kerja anda itu tidak memuaskan hati. Sebagai contoh, sekiranya anda takutkan kegagalan dan khuatir akan menghasilkan kerja yang kurang bagus, maka anda akan membuka peluang untuk anda mengelak daripada melakukan apa-apa. Walaupun anda sebolehnya inginkan kesempurnaan dalam setiap hasil tugas yang anda lakukan, tetapi bos ataupun client anda lebih melihat kepada kerja yang kurang sempurna daripada anda tidak melakukan langsung kerja tersebut.
7. Anda rasa tidak dihargai
Sekiranya anda merasakan diri anda tidak dihargai ataupun anda memperolehi gaji yang tidak setimpal dengan kerja yang anda lakukan, maka anda mungkin tidak dapat memberikan 100%  komitmen dalam kerjaya yang anda ceburi. Secara sedar ataupun tidak kebanyakan pekerja cuba untuk menyeimbangkan antara ‘memberi dan diberi’ antara mereka dan majikan. Mereka akan melakukan kerja berdasarkan kepuasan hati mereka terhadap majikan. Pekerja yang merasakan mereka tidak dihargai akan menjadi kurang berusaha, kerap mengambil cuti, cuai dan sebagainya.
8. Keutamaan syarikat yang bertukar-tukar.
Anda sedang menyiapkan projek A, tetapi tiba-tiba majikan anda mengarahkan supaya anda meninggalkan seketika projek A tersebut dan memberikan tumpuan kepada projek B. Apabila perkara ini berlaku, anda akan berfikir bahawa anda tidak menyelesaikan tugas anda, tetapi majikan anda berfikir sebaliknya. Setengah orang adalah flexible dan senang untuk serasi dengan arahan yang baru dan teruja untuk melakukan tugas yang baru tetapi ada juga sesetengah orang yang akan merasa kecewa apabila tidak dapat menyiapkan sesuatu projek. Jika anda adalah orang yang kedua seperti disebutkan tadi dan bekerja di dalam industri yang sepanjang masa akan berlaku perubahan, maka anda perlu mempertimbangkan untuk menukar kerjaya anda.
9. Anda ‘Burned out’
Merujuk kepada website American Psychological Association, burnout ialah keletihan emosi yang disebabkan oleh tekanan yang teruk di tempat kerja. Ia mungkin kerana suasana tempat kerja yang negatif seperti pekerjanya sering bermusuh antara satu sama lain, tertekan dengan deadline yang ketat, jangkaan dan harapan yang terlalu tinggi terhadap sesuatu perkara, kerisauan dan melakukan kerja yang tidak sepadan dengan kemampuan. Kesemua ini adalah antara sebab dan punca berlakunya tekanan jantung dan sakit-sakit yang lain.
10. Ganjaran bagi tugasan yang telah anda siapkan.
Anda mungkin seorang yang hebat kerana dapat menyiapkan tugas sebelum ataupun tepat pada masanya. Namun peliknya, kebanyakan organisasi menghadiahkan pekerja yang rajin dan bekerja keras itu dengan tambahan kerja yang lebih banyak menggantikan bonus atau faedah yang lain. Sekiranya perkara ini berlaku di dalam organisasi anda, tidak mustahil anda akan merasakan tidak termotivasi untuk bekerja dengan lebih keras.


Wednesday 3 August 2011

Lambatnye nak gaji...

Assalamualaikum..

Saje nak crite pasal benda yang 'koman' ni ha.. Hari ni baru 3hb..tengok2 balance dlm bank dah mcm xboleh nak toreh lagi dah memandangkan ada lebih kurang 20 hari lagi utk gaji sekian bulannya. Walaupun puasa xde belanja makan, tapi tetap gak kuar duit utk beli juadah berbuka or barang2 rumah yang ada saje yang kurangnya. hehehe..

Yer..Bulan puase ni jugakla banyak duit keluar utk buat persiapan raya. Untuk peringkat awal2 puasa ni, aku tengah prepare barang2 nak buat kuih..Yess.Excited! Kuih apela nak dibuat tu yer? Ha.. Tunggu kemunculannya nanti biler operasi menguli tepung dah bermula ok!

So berbalik pasal gaji tadi, tulah nak ceritanye.. baru masuk minggu kedua gaji dah tinggal takat2 hidung. huhu.. Tolak dengan wajib bayarnye pun dah tinggal separuh ye x? Then bakinya yang dah banyak guna untuk beli barang2 umah, keperluan anak, barang2 nak masak (walaupun x berbuka kat umah) n termasuk jugakla barang nk wat kuih tadi tu. Dan ada jugakla sebahagiannya kena ketepikan untuk bayo order kuih2, tempah baju raye. Aduhai...

Ape nak dikate..menghitung hari la jawabnye..Bertahan!InsyaAllah mampu bertahan dalam masa 20 hari lagi..hikhik.. Harap2nya adalah durian runtuh ke pape datang dalam masa2 ni yer..(Mulalah nak pikir yang ntah pape..;-p)