APA NAK KATE EK

Terima kasih di atas kelapangan anda semua yang sudi menjenguk di ruang maya blog ku yang xseberapa ini..Minta maaf kalau ada antara kata-kataku yang terkasar, tersalah ejanya, pasar bahasanya..Kalau ada cadangan dan idea yang dapat menceriakan ruang ini, bantuan anda amatlah diharapkan.

Monday 13 April 2015

Jika Itu TakdirNya...(Part2)

Assalamualaikum..

Emm..nak sambung lagila nukilan ku pasal takdir yang kuterima ini..

Sampai hospital aku kena tunggu urusan smua..akupun dirujuk dengan seorang doktor pakar..Dr. Maryah namanya..ada beberapa jugak doktor pelatih yang datang..maka ulang cerita la aku pada mereka..pungpangpungpang...haihh...makin diceritakan makin terasa sakit..

Aku kena buatla scan sekali lagi..dan doktor2 pelatih pun same kena alert..mesin scan yang ada tu pun mcm xmemuaskan nak bagi solution and sinopsis kes aku ni..aku pun dibawa la ke klinik OnG bawah tu untuk pinjam tempat scan..tudia..besaunye mesin ni..emm..kalo xhebat gak hasilnya ntahla..sudahnya sampai 3,4 doktor pakar la yang datang check n tolong bagi sinopsis based on mesin scan 2. scan atas, scan bawah aku redha jela..siap panggil consultant untuk rumuskan.. dan memang ada cyst dalam perut aku, sakit yang aku alami tu mungkin disebabkan aku mengandung luar rahim dan dah banyak leaking dalam perut. SO doktor decide aku memang ada cyst, leaking dalam perut dah banyak, dan perlu susulan disebabkan aku mengandung luar rahim tu (ectopic pregnancy) dan doktor kate perlu buat pembedahan laparoscopy, melalui 3 tebuk untuk masukkan kamera n cuba operate ape yang perlu dikeluarkan. Andaikata ada masalah, kemungkinan aku perlu buat ceaserian..Gullp...dah terbayang dah azabnya tu..

Camnila proses yang akan dibuat
AKu dah diberi uniform pink tu..jumpala syidi kjap, dah kena bagi barang2 semua..aku soh dia pegi makan, uruskan ape2 yang patut dlu. Dan maklumkan dikatakan jam 4 camtu aku akan dibedah. Suami pun xleh jumpa lama sebab  ruang tu share dengan pesakit lain. So aku dah mula kena puasa..Tak lama dah tidur, dah bangun semua akupun akan disorong dengan katil ke bilik pembedahan. Sebelum masuk bilik OT tu, aku nampak suami aku..dapatla jumpa dan cakap sepatah dua kata..huhhh berdebarnya la hai..dengan mata yang rabun ni..rasenya dalam pukul 5 lbih kut baru aku masuk ke bilik bedah.

Aku akan ditidurkan sebentar lagi..

Agak lame kut aku xsedarkan diri..aku dah keluar dari bilk bedah dan ditempatkan di ruang pemulihan. Aku terase nak buang air dan muntah..Lepas tu aku tertido semula. Dan aku dikejutkan semula bila dah ditempatkan di bilik sementara di dewn bersalin..aku pandang jam..Ya Allah dah nak pukul10..aku minta nak jumpa suami..siannya suami dan famili aku yang menunggu kat luar..aku suruh balik, rehat2..dah lewat sgt, kesian semua..Emm..pengalaman satu malam di situ...betapa besarnya pengorbanan ibu itu untuk melahirkan..

Esoknya.. Alhamdulillah..aku masih sedar, masih mampu bernafas..aku dah yakin untuk bangun ke toilet sendiri.aku boleh makan dah.. Bile doktor Maryah round..dia bagitau apa yang dah jadi semalam. so tiub fallopian aku perlu dipotong dan dihantar ke Lab untuk kajian lanjut. Emm..aku dah boleh discharge petang tu dan diberi cuti sakit 2minggu..

Kejap lagi akan dibukala

Selfie jugala dengan baju pink dan buku temujanji serta MC

Lunch sebelum discharge

Just sharing..
 
Itulah ceritanya...sementara masih di  rumah ni la aku sempat mengemas kini blog ku.. so sekarang berpantangla aku.. Semoga aku cepat sembuh dalam dan luar..

Jika itu takdirNya...(Part 1)

Assalamualaikum...

Berkurun sangat dah tak menulis..dah nak setengah tahun 2015,takde entri yang baru dari aku.. kebetulan sekarang tengah bercuti sakit 2minggu.sempatla kut nak jenguk dan keluarkan isi cerita dalam peti kepala ni.huhu..

Kenapa aku cuti sampai 2minggu ni ye..emm..nak share la jugak..Tanggal 30 Mac 2015  Isnin lepas aku mengalami sakit perut yang tak terhingga sakitnya.. Elok bersiap-siap nak keluar pegi keje.Tapi aku cakap ngan encik suami nak pegi klinik la dulu, sakit sangat ni. Dah lepas anta fayyadh ke school (ohyela crite pasal fayyadh masuk tadika pun takde..emm..:-( ) syidi anta aku ke klinik kesihatan Presint14.dia tunggu la kejap sementara tu,nasib xramai. Dalam 15minit menunggu ku no. Aku dipanggil dan jumpala doc.bagitau la aku sakit perut dan pinggang..check2 biase tekan perut terkena part yg sakit.terkejut doc tu.dia suruh aku pergi amik urin test di klinik kesihatan Presint18 then datang balik bawak result lepas pukul2 sebab dia nak pergi hospital..emmm...

Aku antala syidi dulu memandangkan dia ade meeting pukul9.so gagahkan diri drive ke presint18..emm xde orang..Alhamdulillah..cepatla sikit urusan.dah buat urin test aku jenguk2la resultnya negatif,clear katanya..ok..pelik jugakla.

Sementara nak tunggu pukul2 nak ke KKP14, akupun usahala nak setlekan hutang PTPTN sebab esok dah due untuk diskaun 20% tu.aku pegila breakfast dulu di Perbadanan Putrajaya sebab nak ke ASB lepas tu kuarkan duit.Rupanya ASB ada certain amount yang boleh dikeluarkan dalam sehari,disyorkan pegi bank je.elokla..lagi senang keje.Alhamdulillah aku dah selesai menjelaskan hutang pengajianku..

Pukul2 aku jumpa doc tadi dan serahkan result urin test. Doc pun pelik,negatif dan clear.means tak pregnant or air kencing tak kotor. Dia bagila aku ubat angin.kalau sakit perut lagi esok terus ke hospital. aku dapat MC. Balik petang tu ntah macammane aku bleading..eh baru lepas seminggu period..darah ape pulak. Berlanjutan la malam tu dan aku masih sakit perut sampai esoknya..

Aku ke klinik semula untuk dpatkan surat rujukan kononnya..dia sohla aku refer klinik kesihatan P18. Jumpa doc kat situ, buat scan dikatakan aku ada cyst! berderau dah darah..trase mengalir air mata ni takut. Baru hari tu dok borak2 dengan opismate pasal cyst ni..tapi peliknya cyst yang dikenal pasti tu belah kanan, aku sakit belah kiri.. Doc pun bingung, dia soh refer hospital Putrajaya..sempat dia kata kemungkinan akan dibedah terus petang ni kalo confirm. Huaaaa....

Berlalu la aku dari klinik tu dengan longlai nya..Call la en suami menangis bagitau ada cyst dan pasal operate tu..xkeruan jugakla..aku sempat g opis bawak balik brg2..kut2 kna cuti lama..n setlekan ape2 yg perlu tengah hari tu..lepas tu amik suami dia ajak lunch dlu.emm..dh berzaman gak xlunch sama2..lepas lunch barula g hospital..daftar la dulu kat kecemasan..lamenye la hai..3jam ada aku dok situ sebelum berjumpa doktor..

Jumpa doc kat kecemasan tu aku kena buat urin test lagi.. dan soc buat scan..ye dia jumpa cyst yang sama belah kanan. dan macam sipi2 positif pregnant katanye tapi xjumpa kantung tu..dikhuatiri luar rahim..huhhh..sekali lagi aku seriau..dia kate aku akan dibawa refer pada doktor pakar O&G. Dalam setengah jam lebih gak kut..aku dipanggil masuk ke separa kritikal..n akan disorong ke dewan bersalin. Suami diminta naik ikut jalan luar plak.

Sampai atas aku kena tunggu doktor lagi..skali lagi buat urin test dan aku sendiri buat ujian pregnancy tu..Emm.. doc pun mudanye la hai..layan pesakit nipun nak tak nak jela..scan pun gitu2..dah bersoal jawab semua dia pn mcm blank, pelik kes aku ni..aku menyampaikan je ape yg dah doktor2 yang rawat aku dari P14, P18, kcemasan kat bawah tu cakap..pelik sebab sakit aku tu belah kiri yang bila scan xnampak ape. sudahnyaaku kena amik darah n datang lagi sekali ke Klinik bersalin Presint8 ( hasil keje syidi jugak buat klinik tu) hari khamis nanti dan jumaat. Doc bg aku antibiotik je.

Esoknya aku EL, sebab tak dapat MC pun..sakit masih xhilang..dudukla rehat aku kat umah menanggung sakit..tetiba malam tu..aku terasa macam cairan kuar dari bawah..aku bangunla ke toilet..dan..aku bleading lagi..nangis semahunya...bile kuar..kesakitan yang amat terasa..kaku frezzee aku depan tangga..Syidi dan fayyadh pun datangla paut..pimpin naik atas tidur..tapi aku memang xleh tdo..xsenang baring..sakitnya Ya Allah..

Esoknya aku ke Klinik Bersalin Presint8 untuk amik darah seperti yang ditetapkan. Aku minta nak jumpa doktor sebab sakit xsurut2, tambah sakit malam td. Nurse yg bertugas kata pukul10 baru doktor ada sebab pagi ni doktor round wad. okla..aku pun pegila brekfast ngan syidi..xpasal2 breakfast kat Paparich..pepagi hari dah makan mewah..adoiii.. lepas tu aku pun balik ke klinik tu..tunggu la jumpa doc. suppose aku kna datang esok untuk tau result darah yang diambil..tapi aku bagitaula aku dh xtahan..sakit sangat.. scan2..godek itu ini..mesin scan xmemuaskan hati..dia bawak aku naik tingkat 5kut untuk try scan guna yg lebih canggih.. scan lagi atas dan bawah, doktor yg ada pun macam xsure je komplikasi sebenar. macam dah bleading byk dalam perut, sampai uterus aku pun xjelas kat mane.sudahnya soh refer hospital juga..bile tangan dan dicucuk dengan binular, gronola apetah.dah pakai tag nama kat tangan, dah suruh buka barang2 kemas semua.maka dah sahla aku akan dimasukkn ke hospital..naik ambulance!!!pertama kaliiii...

Muka pasrah kena cucuk dan pakai tagnama

Bersambungla nanti...