APA NAK KATE EK

Terima kasih di atas kelapangan anda semua yang sudi menjenguk di ruang maya blog ku yang xseberapa ini..Minta maaf kalau ada antara kata-kataku yang terkasar, tersalah ejanya, pasar bahasanya..Kalau ada cadangan dan idea yang dapat menceriakan ruang ini, bantuan anda amatlah diharapkan.

Wednesday 23 November 2011

Aksi Rifqee Fayyadh..

Assalamualaikum...

Muncul lagi ngan entry ringkas ni..saje nak citer pasal gelagat anak yang bernama Rifqee Fayyadh bin Rasyidi ni..sekarang nie ikut perkiraan terkini dah berumur 1tahun 5bulan 3minggu 2 hari..Lastweek baru kena cucuk utk setahun setengah..Alhamdulillah..xde nangis pun..dia pun mcm xsedar je kena cucuk pun walaupun xreti dok diam mase tue..huhu..

Nasib baik jugakla dia dah baik demam awal2 lagi sebelum hari nak checkup..mane xdemam..tumbuh gigi sekali 6batang la naik..terkejut gak ibu n ayah.. haa..lepas tu, dah terkenala jugak gigitan dia..janganla buat dia geram ke rimas.. Ibu, Ayah, Abang Umar, Abang Thaqif antara yang terkena..hukhuk..

Rifqee Fayyadh dah pandai macam2 jugakla sekarang..part2 anggota badan dia banyak tau, minta ambilkan sesuatu pun dia faham. Orang2 terdekat dia dah kenal..dah pandaila panggil Atok, Opah, Datok, Nenek, Ayah..tapi tang Ibu..skejap dengar Abu la..xpela sayang ibu..Ibu balik keje terus datang terpa pun wat ibu terharu..

Semoga menjadi anak yang soleh, beriman, anak yang baik, anak yang mendengar kata, bijak pandai, rajin, berakhlak mulia dan sentiasa dilindungi dan diberkati sepanjang perjalanan hidupmu..Amin...

Aksi-aksi Rifqee Fayyadh

Monday 14 November 2011

MAJLIS KONVOKESYEN FAKHRUL IFZAN@ PAK USU

Assalamualaikum semua..

Hari ni nak cerita pasal majlis konvokesyen izan, adik bongsu ku yang baru tamat pengajian di peringkat Diploma of Building Surveying di UITM Seri Iskandar, Perak.. Konvonyer pada 27 oktober 2011..jatuh plak pada hari Khamis..makanye mereka yang bekerja mengambil cuti kecemasan la utk menghadiri dan menghargai kejayaan anak bongsu ayah n mama nie..

Di pagi hari, menantu n cucu tolong kemas halaman rumah arwah embah
Ayah n Mama pegi awal sebab nk jumpa izan untuk amik pas masuk dewan..ha..yg adik bradik yg lain ni berehat2 dulu di rumah arwah embah n sempatla berlibur di Lata Kijang,Tapah, Perak..xdela jauh..dalam setengah jam je..paling seronok anak2 kecil berdua tula..Thaqif n Fayyadh..
Masing-masing kesejukan


Posing semua..

Peace anak ibu..
Say cheezee wadges...

Dalam pukul 3 kami gerakla ker Seri Iskandar untuk hadiri konvo izan nie..dan kami sampai agak kelewatan biler graduan2 dah mula kuar pun..suprise jadi agak terlambat la..suprise kami adalah...jengjengjeng...
Taraaaa...
Me..Izan..Adik..Thaqif..(Anak Ibu tdo la..)
One Happy Family..:)
Izan wif Ayah n Mama..
Paklang n Pak Usu
Lovely Family

Di sebalik konvo izan nie..yang sedey pak usu nyer bila terpaksa memotong rambutnye yang sekian lama simpan...xpela..lagi senang n kemas..

Anyway...Tahniah izan@pak usu...Semoga terus memperolehi kejayaan dalam apa jua yang dilakukan..Semoga berjaya menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi...We Love U........Muaahhx

Friday 4 November 2011

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1432H

Assalamualaikum w.b.t.

Di kesempatan ini saya mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT AIDILADHA 1432H..Semoga pengorbanan yang telah dilakukan sebelum ini menjadi sumber semangat dalam menempuh cabaran akan datang..Semoga selamat sepanjang perjalanan bagi anda yang pulang beraya..Maaf Zahir dan Batin..

Selamat pulang ke Kampung Semua..