APA NAK KATE EK

Terima kasih di atas kelapangan anda semua yang sudi menjenguk di ruang maya blog ku yang xseberapa ini..Minta maaf kalau ada antara kata-kataku yang terkasar, tersalah ejanya, pasar bahasanya..Kalau ada cadangan dan idea yang dapat menceriakan ruang ini, bantuan anda amatlah diharapkan.

Monday 28 May 2012

Hujung Minggu yang sentiasa Penuh

Assalamualaikum..

Wawawa..lame x update blog nie..kesibukan yang amatla skang nie. kenapa? Haa..sebab tajuk tula aku letak camtu tu yg memang penuh dengan event n bertugas di luar kawasan..hampir 2 bulanla aku ditugaskan outstation n makan masa hujung minggu..sian kt umah la slalu kena tinggal..n mestila juga kesian kt Hero-hero tersayang..

dari awal bulan April nak aku ceritakan..

5-6 April - Aku ke Tawau Sabah..ade taklimat mengenai Liga platun RELA..yang best nyer sampai je Tawau adela nk petang gak..then malam tu bertolak ke Semporna yang makan masa hampir 2 jam menaiki van untuk sesi taklimat yang diadakan. dari Tawau ke Semporna jalannye straight je xde masuk2 simpang pun. dalam pukul 11 malam kami bertolak balik ke Tawau plak..esoknya sempatla jalan2 kejap ke pasar then balik ke KL pada belah petang tu..kejap betul n jalan ke sane macam aku balik Keramat je..

20-22 April - berada di Utara Malaysia..Sg Petani Kedah..aku bertugas di Pusat Latihan RELA Wilayah Utara.. tapi yang bestnye aku bawak bersama kedua-dua hero ku..yela..pegi atas tranport sendiri..so kena la mintk tolong Mr. Hubby untuk membawa keretanyer.. dan berkesempatan juga sebelum balik ke KL aku jumpa kawan Uni @ My BFF..Puan Nurhazlina or Errlynds..setelah hampir 8 tahun la xjumpa..hanya di alam maya jela..dah nak berbadan dua dah,..

Then following weeks nyer 27-28 April - Liga di Zon Selatan iaitu di Pusat Latihan RELA Wil. Selatan di Melaka pulak..kali nie bawak bersama kedua2 Hero la..jadila dok hotel bajet yg paling dekat kat Sg Udang tue..ok je..ada 3katil single tp besarla..gabungkan sume..ha puasla si Hero kecik tu tido. nipun tdo sehari je sok balik dah..

then masuk pulak bulan Mei...

1 Mei - adalah Hari Pekerja SeMalaysia..tapi berkorban cuti demi tugas yang diarahkan..huhu..kali ni ke Sabah lagi untuk Pertandingan Zon Sabah. kali nie dapatla tdo 2 malam..sebab dah buat jadual untuk menilai kesemua platun yang dihantar. jalan2? sempatla jugak..tapi rushing2la..

12-14 Mei -  Pertandingan bagi Zon Sarawak yang berpusat di Kota Samarahan..jauh jgk dari hotel kami di Kuching. Alhamdulillah, Allah berikan aku peluang skali lagi utuk menjejaki bandaraya Kuching nie..tetapi kesibukan dgn tugas aku terlupa nk amik gmbar dengan kucing beso tu..alahai..

so..memang merata la aku dapat pegi biler jalankan tugas di luar kawasan nie..seronok tu memang terase la biler dapat keje dalam satu team yang sporting n berpengalaman banyakla..(sebab urusetia dalam grup nie sume otai2 la kan) hehe..aku je yang leh dikategorikan belia muda..

Nextweek n minggu2 seterusnya memang dah ade plan menunggu..balik kampung, orang kawen n macam2la..memangla kan sekarang nie bukan senang nk ade masa terluang n rehat sgt..pandai2la amik peluang nak berehat bile dah sangat memerlukan. kesian kt badan sendiri gak la kan..

Anyway..syukurlah pada Tuhan kerana berikan aku peluang untuk menikmati keindahan setiap anugerah yang Kau berikan sepanjang perjalananku dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabku..