APA NAK KATE EK

Terima kasih di atas kelapangan anda semua yang sudi menjenguk di ruang maya blog ku yang xseberapa ini..Minta maaf kalau ada antara kata-kataku yang terkasar, tersalah ejanya, pasar bahasanya..Kalau ada cadangan dan idea yang dapat menceriakan ruang ini, bantuan anda amatlah diharapkan.

Thursday 26 January 2012

INILAH RUMAH KAMI..

Assalamualaikum,

Entry awal tahun 2012 nie aku nak share pasal rumah kami sekeluarga yang baru je siap sepenuhnya hujung bulan Disember 2011. Dan kami baru je amik kunci pada 17 Januari 2012..Sangat terujanye aku dan suami bila menunggu saat2 nak pegang kunci rumah sendiri.. Rumah teres 2 tingkat ini terletak di Bandar Teknologi Kajang..Alhamdulillah..mungkin tertulis rezeki ini untuk kami apabila hanya tinggal dua unit je mase hubby ku pegi survey mase tue..

Inilah dia..

Buat masa nie rumah kami masih dalam proses penambahbaikan mane2 yang defect sket2 tue..then akan mula proses renovation untuk penambahan setting yang basic macam kitchen kabinet, wardrobe, grill, plaster ceiling n so on..so..berkemungkinan kami harap dapatla masuk rumah baru kami ni dalam bulan Februari nie jugak..paling lambat pun Mac..InsyaAllah..xpela asalkan segalanya berjalan dengan lancar dan teratur.. boleh dikatakan la inilah hadiah harijadi paling besar yang ku terima (bulan Mac nantila..di samping melangkahnye ke usia 30!! :-p)

Untuk proses pengisian dan dekorasi rumah ni akan menyusul lah nanti bila semua yang seharusnya telah diselesaikan..so insyaAllah akan aku update kan untuk entry tentang rumah kami ni di masa akan datang, InsyaAllah.

Sesungguhnya kami sangat bersyukur kehadrat Mu Ya Allah atas limpah rahmat dan rezeki yang Kau berikan ini..semoga rumah kami ini sentiasa diberkati, dilimpahkan dengan kasih sayang, kebahagiaan, keselamatan, kesihatan dan keharmonian yang berpanjangan, dan dijauhi dari segala keburukan, kemudaratan, kemungkaran..Aminnnn...

Friday 20 January 2012

CERIAKAN HARIMU...

Assalamualaikum..

Taraa..dah berubah wajah dah blog aku ni..Nak tukarla mood di tahun baru harapannya agar tahun 2012 ini lebih ceria, gembira, bahagia selamanya..sangat sweet rasenya..

Memandangkan tahun 2012 ini juga aku berazam (azam yg dah bawa ke dpan dr tahun2 lepas :p) untuk meningkatkan penampilan aku kepada lebih baik..aku nak jaga kesihatan diri, nak maintainkan semula diri aku nie..adui..dah semakin keberatan dah nie..hahaha..Tambah2 plak tahun ni memang bermakna la jugak..sebabnye tahun nie aku bakal menjangkau usia 30 TAHUN!!!!!(oh tidak...sudah berubah angka..)

InsyaAllah..aku kuatlah hendaknye untuk merealisasikan azam aku nie..Go Farha go!!(macam citer Go Diego Go plak) Semoga apa yang aku impikan, inginkan, azamkan, harapan untuk tahun 2012 ni menjadi kenyataan..Aminnnnnn...

Tuesday 10 January 2012

PAHIT MANIS SEPANJANG TAHUN 2011

Assalamualaikum..

Hai semua..baru berkelapangan untuk update blog aku nie..Kali nie saje nak renung2 sejenak apa yang berlaku sepanjang tahun 2011 yang dah bape2 hari ditinggalkan..ikutkan hati..tunggula wahai masa, hari dan tahun..banyak benda yang aku perlu selesaikan sebelum masuk tahun 2012 ni..

Ok, dalam merenung kenangan-kenanga yang berlaku dalam tahun nie sememangnya pahit dan manis banyak yang berlaku..So, aku nak share ape yang terlintas di benak kepale awok mase nie..

Kenangan yang manisnyer...
- Januari 2011 - Majlis Aqiqah Mior Thaqif di Keramat- anak aku pun sama join berendoi..sangat meriah dan tambah plak dah lame xkenduri kat umah Keramat selepas majlis perkahwinan aku tahun sebelumnya..

-Februari 2011 - Aku menerima ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG KDN 2011..sangat teruja dan tak percaya bila dihargai dan dipercayai menerima anugerah nie...nilai tambah untuk aku..Terima kasih bos2, kawan sepejabat yang menghargai..

- Mei 2011 - Genapnye usia SETAHUN anak kami RIfqee Fayyadh bin Rasyidi..yang kini dan menjangkau usia 1 tahun 7bulan..cepatnye membesar..minggu depan (3Januari 2012) dah nk masuk taska..(dupdapdupdap)

- Jun 2011 - Seminggu menghadiri Lead Camp PTD di Alpha Bangi..sangat seronok dapat belajar mcm2 cth bantuan2 yng boleh diberi utk kecemasan, kerja berpasukan, guna kompas dalam hutan..siap dapat mendaki Gunung Nuang..(walaupun xsampai puncak..huhuu)..Our batch memang terBAIKLAH...

- Julai 2011 - Genap Anniversary perkahwinan ku dengan Rasyidi Mohd Tahir untuk ke-2tahun..sempatla celebrate mase Family Day PEKMAR di PD Sanctuary, Port Dickson..then buat jugak acara potong2 kek Fayyadh..

- Ogos 2011 - Bulan puasa dan raya..Tahun ni beraye di Penchala..semua ahli keluarga dapat berkumpul bersama..lepas penchala, balik ke Temoh Perak then ke Teluk Intan dan seterusnya ke Bagan Datoh..lebih2 lagi bermaknanye bila dapat mengadakan majlis tahlil dan perjumpaan keluarga PEKMAR di rumah pusaka Arwah Opah..dalam suka ada dukanye...huhuhu..

- September 2011 - yang aku ingat berlaku pada bulan ni adalah persediaan menghadapi penilaian terakhir PTD sebelum melangkah ke DPA iaitu Program Penilaian Profesional (PPP)..aku dah berusaha sebaiknya membuat persediaan pembentangan dan projek ujikaji..walhal dalam pada tu jugak opis aku pun dalam sibuk2 nak pindah ke Kompleks D. Sibuknya mase tu aduhai...

- Oktober 2011 - Pertama kali join Hari Keluarga RELA. Kali ni buat kat Bukit Tinggi Colmar Resort..Sangat seronok la..tempat tue pun cantik n sejuknye bolehla tahan. trase gak macam kt Belanda (yeke?) bangunan2 dia macam kt oversea la.. kami pun sempat pegi taman arnab. Fayyadh seronok sangat dapat bagi arnab makan..berani betul dia. Boleh tengok kat post ni. Bulan ni jugak adik aku yang bongsu selamat berkonvo..kitaorg siap buat suprise la utk dia..ada aku add post pasal nie..

- November 2011 - Bulan cuti-cuti Malaysia..Kami semua ke Pulau Pinang..Tu Dia..asal perancangan nak pegi ke belah2 timur..cuma plak mase tu dah mula banjir melanda..xdapatla. so beralih angin la ke belah barat..dalam Cuti-cuti Malaysia ni kami sempat jugak Jalan-jalan Cari Makan..memang puashati la dapat merase mcm2 makanan kt sana..Bolehla jenguk2 post.

- Disember 2011 - Cepatnye dah bulan Disember ye..mase nie bulan yang amat2la aku sibuk dengan tugas di pejabat.. yela kan bila ramai ambil peluang cuti2 bersama keluarga. aku punye cuti memang xdapat diselamatkan la..huhuh..maka terpaksa la menjaga opis..Yang menarik nye berlaku bulan nie bila adik sepupu ku Sepul iaitu anak Makchu n Pakchu yang disyangi bertunang..lama dah xde kenduri kt Kampung. bile dapat berkumpul ramai2..memangla seronok..yang menariknye jugak rumah makchu aku ni pun terkena banjir jugak..dah ade tasik depan rumah..tapi Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan telah merakam 1 sejarah apabila kedua bah keluarga yang dahulunye memang pernah akrab di antara arwah atok kami telah pun bertaut kembali apabila cucunya bertemu jodoh..semoga hubungan berpanjangan dan bekekalan.

Ikutkan memang banyakla berlaku sepanjang tahun 2011..yang pahit dan manisnye. yang tak sempat dicoretkan. biarlah semua jadi kenangan dan sempadan. Semoga tahun 2012 nie melakar lebih banyak perkara yang positif dan manis2 belaka. Semoga tahun 2012 ini juga memberikan lebih keberkatan,kejayaan, kebahagian, kemenangan, keceriaan, kesihatan yang berpanjangan..AMIN-