APA NAK KATE EK

Terima kasih di atas kelapangan anda semua yang sudi menjenguk di ruang maya blog ku yang xseberapa ini..Minta maaf kalau ada antara kata-kataku yang terkasar, tersalah ejanya, pasar bahasanya..Kalau ada cadangan dan idea yang dapat menceriakan ruang ini, bantuan anda amatlah diharapkan.

Wednesday 10 July 2013

Hari penuh bermakna...10 Julai 2013 bersamaan 1 Ramadhan 1434H

Assalamualaikum, salam ramadhan smua..

Menjenguk sekejap di ruangan blog kesyayangan aku ni..Ya Allah, begitu cepat masa berlalu, dan Ramadhan muncul lagi.Alhamdulillah, syukur kehadratMu Ya Allah kerana Kau memberi ruang dan peluang kepadaku untuk terus bernafas dan melaksanakan kewajipan kepadaMu. Sememangnya, wangian Ramadhan ini begitu dinantikan oleh setiap umat Islam di dunia ini.

Syukur Alhamdulillah jua kupanjatkan kepadaMu Tuhan kerana hari ini juga merupakan ulangtahun ke-4 perkahwinanku bersama suami yang dicintai, Rasyidi bin Mohd Tahir.. Rumahtangga kami kini diceriakan dengan kehadiran Rifqee Fayyadh bin Rasyidi yang kini berusia 3tahun. Semoga menjadi anak yang soleh dan beriman hendaknya...

Terima kasih suamiku di atas segala-galanya yang kita kongsikan bersama, segala suka dan duka, susah dan senang..mudah2an perjalanan kita sebagai suami isteri berkekalan hingga ke jannah,diberkati dan dilindungi setiap langkah yang dilalui, dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah, dihiasi dengan kebahagiaan, kegembiraan dan kesenangan yang berpanjangan. AMIN..

Happy 4th Anniversary my dearhubby..ibu love you so much, B begitu bermakna dalam hidup ini. Semoga kita kekal bahagia selamanya dan dikurniakan anak2yang soleh solehah..sorry coz tiada sambutan istimewa hari ini, ibu xjadi nak amik cuti peristiwa plak (boleh gitu?ahaks)..

Dan diucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua ahli keluarga, saudara mara, kawan2 dan semua umat Islam sedunia..semoga Ramadhan ini memberi lebih keberkatan dalam ibadah yang dijalankan...in sya Allah..