APA NAK KATE EK

Terima kasih di atas kelapangan anda semua yang sudi menjenguk di ruang maya blog ku yang xseberapa ini..Minta maaf kalau ada antara kata-kataku yang terkasar, tersalah ejanya, pasar bahasanya..Kalau ada cadangan dan idea yang dapat menceriakan ruang ini, bantuan anda amatlah diharapkan.

Monday 21 October 2013

Ibadah Qurban di Aidiladha 1434H

Assalamualaikum,

Lama sungguhla sunyi blog aku ni..okla Selamat Hari Raya Aidiladha ye kepada semua umat Islam seluruh dunia..lambat plak ucapannye ye..

Aku amik cuti seminggu jugakla masa raya ni..kebetulan aku pun turut sama buat qurban tahun ni tumpang sama keluarga belah suami di Kg. Sg. Penchala. Syukur Alhamdulillah..

So, nak share la beberapa gambar yang sempat diambil semasa majlis tersebut. Anakku Fayyadh pun dok berkepit je, pergerakan agak terhad la..ape nak kata, dia kena bangun pagi2 sebab nak tengok lembu. So lambatla sikit nak 'panas'nya ini budak. Heheh..takde kawan nak main pun satu hal la kan.

Malam raya..melayan budak ni sampai tengah malam tak tido2 jugak..hadoi

Dua daripada 4 ekor lembu yang akan dikorbankan

Beberapa orang kampung yang sama membantu.. di situ suamiku sedang gigih mengerjakannya

Suamiku sampai dok tertunduk2la buat kerja..memang habis tenaga la.

Sekor lagi dah ditumbangkan..
Alhamdulillah, banyak pengajaran yang boleh dipelajari dan dialami daripada ibadah qurban ni.. Sememangnya ada suatu nilai dan makna yang kurasai selepas menunaikan qurban itu. Ya Allah moga niat dan ibadah yang kulakukan ini diterima dan diberkati olehMu, AMinn.. Syukur Alhamdulillah juga rezeki ini disedekahkan kepada semua ahli keluarga dan saudara mara dan jiran tetangga..Alhamdulillah..