APA NAK KATE EK

Terima kasih di atas kelapangan anda semua yang sudi menjenguk di ruang maya blog ku yang xseberapa ini..Minta maaf kalau ada antara kata-kataku yang terkasar, tersalah ejanya, pasar bahasanya..Kalau ada cadangan dan idea yang dapat menceriakan ruang ini, bantuan anda amatlah diharapkan.

Friday 29 July 2011

Happy Birthday My Dear Cousin-NORA



Selamat hari Jadi, Selamat Hari Jadi, Selamat hari Jadi Norasyikin...Happy Birthday to You..puhhhpuhhh

Hehe..Cute tak pic nie..Ni gambar aku dengan sepupu aku yang paling rapat n karib sekali..kami sebaya, aku tua beberapa bulan je dari dia..So hari ni birthday dia yang ke-29..ok, Ada 1 anak tangga lagi kau pun akan follow aku ke angka 3puluh!! Oh tidak..cepatnya masa berlalu..rasa macam baru lepas belajar jek.. Hehe..

Semoga sepupu ku ni sentiasa dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, sihat sejahtera, bahagia dan berjaya selalu..n kau dah berjaya untuk menambah anak yang ke3 tak lama lagi..OPPSss terlepas citer plak.hehe..Sayang kau sepupu ku.. Sayang Feminot!

Saje letak pic nie..coz inilah anak kami..Adam Irhami dan Rifqee Fayyadh

Anda Adalah Penulis Cerita Hidup Anda Sendiri


Assalamualaikum..

Coretan ni aku baca dari internet. Bila dah buka koleksi2 motivasi lama ni, rasenya boleh dikongsikan di blog aku ni. Renung2kan dan Selamat Beramal..hehe
” If you want your life to be a magnificent story, then begin by realizing that you are the author and everyday you have the opportunity to write a new page” – Mark Houlahan


Saya memetik ayat ini, dari salah satu buku yang saya pernah baca. Tapi tidak pula saya ingat buku yang mana. Ayat ini saya salin di dalam buku kecil saya.

Sedarkah anda bahawa anda adalah ‘penulis’ kepada kehidupan anda? Anda punyai hak untuk mengarang hidup seperti yang anda mahukan.Tetapi seringkali kita terlupa hakikat ini. Kita sering mengatakan dan menyalahkan orang lain atas sesuatu yang terjadi pada diri kita hari ini. Kerana merasakan ia bukan apa yang kita mahukan.

Ubah situasi itu. Fikirkan jika anda punyai hak untuk setiap hari anda, jadi tulislah ‘diari harian’ anda sebaik mungkin seperti yang anda mahukan.Seperti juga diari yang kosong. Esok adalah hari baru dan masih kosong ruangnya. Hari ini adalah hari ini. Hari esok adalah satu hari baru. Dan masih kosong! Anda berhak untuk mencorakkannya seperti mana anda mahukan. Dan bertanggungjawab ke atas coretan anda. Buat keputusan untuk kehidupan anda.

Mungkin ada yang berkata : ‘Bukankah kehidupan kita sudah di tentukan sejak azali lagi?’ Ya benar! Tetapi adakah kita tahu tentang masa hadapan? Kita tidak tahu. Namun melalu perancangan, kita akan menjadikan hidup punyai arah. Dan ALLAH Maha Mengetahui. Jika anda tak dapat seperti apa yang anda coretkan, maksudnya itu bukan waktunya lagi. Kerana ALLAH SWT sentiasa tahu apa yang terbaik untuk anda. Dan anda pula, berhak untuk beri dan rancang yang terbaik untuk diri anda setiap hari.
 
Live your life to the fullest!

Thursday 28 July 2011

Salam Ramadhan 1432H


Assalamualaikum...

InsyaAllah.. Ahad ni kita bakal melihat anak bulan bagi menyambut kedatangan Ramadhan yang mulia. Mudah-mudahan kita semua diberi peluang dan kemampuan untuk menjalani ibadah puasa dengan penuh kesabaran dan ketaatan. Salam Ramadhan buat keluarga, saudara-mara, kawan-kawan, jiran tetangga dan kenalan semua...

Wednesday 27 July 2011

Kerja Tetap...

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, atas usaha dan kerja keras yang dilakukan selama ini, akhirnya aku diserap tetap...

Kali ni aku nak cerita pasal perjalanan kerjayaku yang tidaklah selama orang yang betul2 ada pengalaman mcm otai2 tue..Cuma nak share je macam mane aku mampu capai ke tahap ini.

Dulu, lepas habis belajar aku pasang niat untuk mengorak langkah ke dunia kerjaya untuk bermula dari peringkat bawah.. Aku merasakan untuk betul2 dikatakan berjaya di dalam bekerja adalah mengetahui pelbagai selok-belok dalam tugas harian di pejabat. Sebab apela pulak yer.Aku fikir, bila aku dah jadi bos2 atau ketua tidaklah hanya tau mengarah semata2 kepada kakitangan yang bawah, tapi aku tau apa yang aku arahkan. Lagipun, kadang2 ada bos2 tak boleh nak hidup sendiri la kalau anak buahnya tak ada, sebab selama tu orang-orang bawah nila yang byk buat kejenya...hehehe..ade betul?


Aku mula berjinak2 keje masa aku habis SPM. Masa tue dapat peluang keje di bawah Jusco HQ sebagai Data Entry Clerk. Kejenye masukkan data pelanggan2 Jusco yang menjadi ahli di dalam sistem data. Satu borang 35sen. Memang kasi pulun la utk dapatkan upah yang banyak. Keje tak lama sebab borang2 pun habis dikey-inkan. Lagipun aku dapat peluang melanjutkan pelajaran ke IPT.

Lepas grade U, 6 bulan aku menganggur. Dalam masa tu, aku cari keje  kosong dalam paper. Aku cuba gak edarkan resume dengan surat mohon keje kosong ke setiap Kementerian2 di Malaysia. Niatnya nak keje dengan Gomen..huhu..Alhamdulillah, aku dapat keje sebagai Pekerja Khidmat Singkat di Kementerian Pelajaran untuk tempoh 6bulan.

Hari terakhir aku akan tamat kontrak PKS ni, aku dapat panggilan untuk jadi Guru Sandaran Tak Terlatih (GSTT)..Mengajar di salah satu sekolah di jalan Ipoh utk mata Pelajaran BM dan PJ..hehe memg kena dan terkena la ngan aku. Aku serba salah sebab aku tak minat jadi cikgu, dan yang pentingnya aku rase xlayak nak mengajar. hehehe..yela kan jadi cikgu ni kena batul2 bersungguh, sebab nak bagi ilmu dekat orang kan. nanti rase x ikhlas plak keje ni sebab rase terpaksa.

Tp nk jd kan cite..petang tu, aku dapat panggilan dari Kementerian Sumber Manusia yang menawarkan keje sebagai PKS juga..so itula jalan penyelesaian dan aku terima. Esoknya tamat kontrak opis lama, terus dapat keje ke opis baru plak. Ditempatkan di satu bahagian antarabangsa. Huhu..seram gak, mesti berurusan dengan orang2 atasan dan orang luar negara ke kan.Yela kita ni speaking idakler fasih bebenor..haha.. Kat cni aku keje pun tolong2 filing, buat surat, memo n tugas2 lain. Tapi yang best  nye, ade satu tugas khas aku iaitu membalut hadiah. Haa...bahagian ni memang deal dengan delegasi luar, so banyakla cenderamata yang akan disediakan dan menjadi tugas aku akan membalutnye mengikut kreativiti aku dan Bos aku pun sangat suka n kagum kebolehan aku..ikutkan ape sangatla kelebihan membalut ni ye x.hehe

Keje kat cni xlama, 3 bulan jer, sebab aku dapat tawaran sebagai Pegawai Tadbir N41 Kontrak KPM di opis lama..Alhamdulillah, naik satu tingkat kerja. Kontrak ni selama setahun dua bulan, buat bidang perolehan. Kemudiannya rezeki datang lagi apabila aku diterima permohonan kerjaya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 Kontrak JPA untuk tempoh 2 tahun dan masih setia dengan KPM. Pada asalnya nk jadikan cerita aku dah putus asa untuk menduduki exam PTD ni sebab dah hampir 5kali gagal. Dan akhirnya untuk kali ke-6, aku lulus exam PTD dan berjaya juga ke peringkat2 seterusnya sebagai PTD M41 Kontrak SPA dan bertukar ke KDN.

Setelah hampir 3tahun bekerja secara kontrak dengan Kerajaan, akhirnya pada tanggal 13 Disember 2011, kami yang bergelar PTD kontrak ni menerima berita gembira iaitu diserap sebagai PTD M41 Tetap..Ya Allah, sungguh besar kurniaanMu ini. Syukur Alhamdulillah. Walaupun status tetap, tapi aku dan kawan2 PTD yang lain masih di bawah penilaian JPA. Bertambah gembira di hati ini apabila aku dicalonkan dan menerima Anugerah Khidmat Cemerlang KDN..Terima kasih bos kerana memberi penghargaan ini dan bersyukur kepadaMu ya Allah untuk rezeki yang sekian kalinya..

Kini, aku meneruskan kerjayaku.. apa yang penting adalah keseronokan bekerja, kerana dari keseronokan akan lahirnya keikhlasan. Alhamdulillah sehingga kini setelah melalui pelbagai rintangan, dugaan, kepayahan..segalanya kuanggap sebagai kenangan manis dan pengalaman. Bermula dari tangga bawah, pelbagai ilmu dan kemahiran kuperolehi dan aku bangga dapat melakukan setiap tugasan dengan sebaiknya.

Ya Allah..ku sentiasa mengharapkan perlindungan dan bantuanMu dalam apa jua keadaan yang bakal kuhadapi...kepada suamiku, anakku, keluargaku dan kawan-kawanku dan semua..sokongan dan dorongan dari kalian penyuntik semangatku untuk terus berjuang..

Friday 22 July 2011

Sambutan Hari Jadi Hero Tersayang...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Coretan kali ni nak cerita pasal birthday anak kami yang tersayang, Rifqee Fayyadh bin Rasyidi yang pertama..Masa hari jadinye 31 Mei 2011, aku bawak Fayyadh ke opis..hehehe..Coz nk balik half day n celebrate our lovely son birthday. Kami bawak pergi jalan-jalan di Mines.Tempat enjoy ibu dulu masa time study di UPM dulu..Lame dah tak pegi..Seronok dia dapat main kt tempat games yang masuk token tu. Habis RM5 aku tukar token nak bagi fayyadh enjoy main..paling dia suka main game kereta la sebab dapat pegang stereng!Hehehe.. Then kami bawak tengok ikan kt sungai dalam Mines tu.. Makin besar ikan2 tu..

Sebenarnya, bila anak kami ni masuk je setahun dah berapa kali acara potong kek dibuat..hehehe.. Punyala seronok kan anak pertama dah setahun.. Pertama kali sambutan dibuat di rumah Keramat, umah parentsku..Masa ni adik aku yang dok kat Sintok pun mai balik KL.. Mase ni Fayyadh dapat hadiah kasut dan seluar Ben10 dari Opahnya n pelampung ikan jerung (pelampung ke ek?ala yang tumbuk2 tu dia tegak balik..hahaha) dari abg thaqif, lovely cousin..terima kasih..
Kek perisa mangga dibeli di Cake Sense, Taman Tun Dr Ismail
Fayyadh sibuk dengan kasut baru mase ni
tayang kasut baru yang Opah bagi..pic with Mior Thaqif

Ikan jerung pemberian Abg Thaqif..
Then sambutan kedua buat di rumah nenek Fayyadh di Sg. Penchala..Uncle Am sponsor kek..dari Baskin n Robin (betul ker ejanya?)..Inila kali kedua Ibu merasa makan kek dari BnR ni Fayyadh..Kek ni dipilih n dibeli oleh Aunty Izzah..Thanks guys.. Masa ni Fayyadh dapat hadiah sandle Nike dari Abg Umar..smart!(sori gambar tak sempat nak amik..) tenkiu..

Nyum,nyum..sejuknye kek eskrem..

Tiup Fayyadh lilin tu..
Dan untuk kali ketiga kami buat masa Family Day di PD Sanctuary, Port Dickson 9 Julai 2011 baru-baru ni..memikirkan ramai saudara-mara yang akan berkumpul, buatla potong2 kek..kek dibeli n dibawa dari KL oleh Paklang nyer..terima kasih.. Masa ni Fayyadh dapat hadiah lagi dari Abg Thaqif iaitu Banner kecik dan Baju Panda yang comel..Opah pun bagi lagi baju Tshirt kaler oren n belang2 hitam.. Masa ni sambutan birthday buat untuk sedara2 yang lahir bulan Julai termasuklah Hubby Tersayang, Ayah Fayyadh, Rasyidi Mohd Tahir..dan kebetulan juga esoknya 10 Julai adalah Anniversary kami yang ke-2..So sebelum turun ke PD malam sebelumnya aku sempat jugakla buat kek brownies utk sambutan ini..tapi ade sket masalh teknikal, jadi dalam tak jadila kek nyer..ini dia...
Kek hasil pertamaku dengan oven baru..:)

dua kek skali..utk sambutan dengan Hubby n 2nd Annivesary

Happy Belated Birthday Fayyadh, Happy Becoming Birthday Hubby..
Sian anak ibu xsihat masa nie..:(

Dan...Sambutan yang besar2an nye diadakan pada 17 Julai 2011 baru-baru ni..buat di umah nenek lagi sekali bersekali dengan sambutan doa selamat menyambut Ramadhan yang bakal menjelma tak lama lagi..Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar, makan pun cukup, persiapan lain pun teratur..aku masak sendiri dengan bantuan yang sangat kuat dari Ibu Mertuaku, biras2 - Kak Izzah n kak Lin, adik2 Ipar - Ain n Anis.. Menu adalah mee n mihun sup, kuih2 yang juga dibawa oleh Mama ku..n dari kak Ton..n tak dilupakan adik beradik ipar jugak yang membantu menghias dan meniup belon yang banyak..Tema aku untuk birthday ni adalah Lovely White..yes ada jugak sambutan..sangat terharu.. Kek yang ditempah adalah kek dari Cupiecupie Cake iaitu My Bff Maszmerah..thanks alot..sangat berpuas hati dengan apam polkadot, cupcake n major kek utk anak kami.. terima kasih semua yang membantu, yang datang memeriahkan majlis n yang bagi hadiah2..
Banner yang ditempah khas dari Utara..Thanks to Acik Adik, Pakngah Mior n abg Thaqif

Apam polkadot untuk goodies
Kek ditempah dari My BFF Maszmerah..nyummy..n colourful

Baju Kostum Panda hadiah dari Abg Thaqif
Fayyadh dengan kawan..Hai Hadif, terima kasih datang ye!
Antara yang datang n mengikut tema..sayang korang

Rifqee Fayyadh dan Adam Irhami..Feminot generations!
Feminot's Family..kekurangan sefamili lagi..

Antara hadiah yang fayyadh dapat..terima kasih semua:)
Akhir kata..terima kasih di atas segala-galanya kepada semua yang terlibat..dan untuk anak ibu Rifqee Fayyadh..Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, sihat waalfiat sentiasa, menjadi anak yang Soleh, beriman dan anak yang baik..menjadi anak yang berguna di masa akan datang..semoga perjalananmu sentiasa dilindungi olehNya dan diberkati...sayang Rifqee Fayyadh..muaahh...

Wednesday 20 July 2011

Nukilan Pertama..

Assalamualaikum..

Hari ni tetiba je terdetik nak buka blog sendiri.. Lagipun bile baca blog kwn2 yg ade.. Mcm best plak.. Walaupun aku ni bukanla arif IT sesangat.So cuba jugakla mengadakan blog sendiri.. Melalui blog ni maybe macam2 pengalaman, pengetahuan, informasi yang aku ada boleh dikongsikan bersama. Tapi ntahkan rajin nak mengupdate ke x nnt kan.hehehe.. Hope kengkawan yang pintar IT dr aku psl blog2 ni, dapatla memberi tunjuk ajar yer.. Jom Follow...