APA NAK KATE EK

Terima kasih di atas kelapangan anda semua yang sudi menjenguk di ruang maya blog ku yang xseberapa ini..Minta maaf kalau ada antara kata-kataku yang terkasar, tersalah ejanya, pasar bahasanya..Kalau ada cadangan dan idea yang dapat menceriakan ruang ini, bantuan anda amatlah diharapkan.

Friday 29 July 2011

Anda Adalah Penulis Cerita Hidup Anda Sendiri


Assalamualaikum..

Coretan ni aku baca dari internet. Bila dah buka koleksi2 motivasi lama ni, rasenya boleh dikongsikan di blog aku ni. Renung2kan dan Selamat Beramal..hehe
” If you want your life to be a magnificent story, then begin by realizing that you are the author and everyday you have the opportunity to write a new page” – Mark Houlahan


Saya memetik ayat ini, dari salah satu buku yang saya pernah baca. Tapi tidak pula saya ingat buku yang mana. Ayat ini saya salin di dalam buku kecil saya.

Sedarkah anda bahawa anda adalah ‘penulis’ kepada kehidupan anda? Anda punyai hak untuk mengarang hidup seperti yang anda mahukan.Tetapi seringkali kita terlupa hakikat ini. Kita sering mengatakan dan menyalahkan orang lain atas sesuatu yang terjadi pada diri kita hari ini. Kerana merasakan ia bukan apa yang kita mahukan.

Ubah situasi itu. Fikirkan jika anda punyai hak untuk setiap hari anda, jadi tulislah ‘diari harian’ anda sebaik mungkin seperti yang anda mahukan.Seperti juga diari yang kosong. Esok adalah hari baru dan masih kosong ruangnya. Hari ini adalah hari ini. Hari esok adalah satu hari baru. Dan masih kosong! Anda berhak untuk mencorakkannya seperti mana anda mahukan. Dan bertanggungjawab ke atas coretan anda. Buat keputusan untuk kehidupan anda.

Mungkin ada yang berkata : ‘Bukankah kehidupan kita sudah di tentukan sejak azali lagi?’ Ya benar! Tetapi adakah kita tahu tentang masa hadapan? Kita tidak tahu. Namun melalu perancangan, kita akan menjadikan hidup punyai arah. Dan ALLAH Maha Mengetahui. Jika anda tak dapat seperti apa yang anda coretkan, maksudnya itu bukan waktunya lagi. Kerana ALLAH SWT sentiasa tahu apa yang terbaik untuk anda. Dan anda pula, berhak untuk beri dan rancang yang terbaik untuk diri anda setiap hari.
 
Live your life to the fullest!

No comments:

Post a Comment