APA NAK KATE EK

Terima kasih di atas kelapangan anda semua yang sudi menjenguk di ruang maya blog ku yang xseberapa ini..Minta maaf kalau ada antara kata-kataku yang terkasar, tersalah ejanya, pasar bahasanya..Kalau ada cadangan dan idea yang dapat menceriakan ruang ini, bantuan anda amatlah diharapkan.

Tuesday 9 August 2011

JUADAH BERBUKA PUASA YANG MENJADI PILIHAN

Assalamualaikum...
 
Cerita hari ini adalah mengenai juadah berbuka puasa di bulan Ramadhan..aku pun rujuk petikan ni dari website faveret aku..Trymasak.my..sangat syiok! Kebetulan plak aku pun nak citer entry ni..dan memang dari apa yang diterangkan dalam petikan tu sumenye dalam kepala aku ni.hahaha.. 
 
Bulan ramadhan atau bulan puasa adalah bulan yang paling dinanti-nantikan kerana ia bulan penuh keberkatan yang membawa rahmat. Ia juga sering dikaitkan dengan bulan yang penuh dengan kepelbagaian makanan. Ketika bulan ramadhan ini kebanyakkan umat islam mengambil kesempatan untuk mencari rezeki tambahan dengan menjual pelbagai jenis makanan khususnya di bazaar ramadhan yang tersedia di kebanyakkan tempat. Berikut disenaraikan beberapa jenis makanan yang popular menjelang bulan puasa.

1. Kurma

Menjelang sahaja bulan puasa, populariti buah kurma pasti akan meningkat secara tiba-tiba. Umat Islam di Malaysia secara automatik akan menjadikan makanan kegemaran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W ini sebagai salah satu menu utama samada  waktu berbuka atau waktu bersahur. Ini kerana mereka tahu tentang kepelbagaian khasiat yang terdapat di dalam buah kurma.

2. Bubur lambuk
 

Ketika bulan ramadhan, bubur lambuk biasanya disediakan secara percuma di kebanyakkan masjid. Bubur lambuk ini mempunyai khasiat tersendiri kepada kita yang berpuasa. Perut yang kosong setelah seharian berpuasa apabila diisi dengan bubur lambuk akan mudah dihadamkan dan diserap. Ditambah pula dengan hidangan kurma yang penuh khasiat, ia akan membekalkan tenaga dengan segera kepada tubuh badan kita.

3. Ayam percik
 

Ayam percik adalah salah satu daripada juadah yang popular menjelang bulan puasa. Ayam yang dibakar dan disaluti dengan sambal yang agak manis kemudian dibakar sekali lagi memang cukup menyelerakan. Malah, ia mudah didapatkan di kebanyakkan bazaar ramadhan ketika bulan puasa ini.

4. Kuih tepung pelita
 
Kuih tradisional ini sememangnya begitu popular menjelang bulan puasa kerana rasanya yang manis dan lembut. Pada asasnya ia terdiri daripada dua bahagian, iaitu bahagian atasnya yang lembut, dibuat daripada santan yang berwarna putih. Bahagian bawahnya pula dibuat dari tepung beras dan biasanya berwarna kehijauan dan lebih keras sedikit dari bahagian atas. Bekas yang biasanya hanya menggunakan daun pisang atau daun pandan akan menaikkan lagi baunya dan sesuai dijadikan sebagai juadah berbuka puasa.

5. Murtabak
 

Murtabak yang terdiri daripada lapisan empat segi dan mempunyai pelbagai jenis inti mengikut citarasa masing-masing ini sememangnya begitu popular khususnya menjelang bulan puasa. Boleh dikatakan setiap bazaar ramadhan ada menjual murtabak seperti murtabak ayam, daging, telur atau sayur. Rasanya bukan sahaja sedap, malah harganya yang berpatutan juga adalah salah satu sebab mengapa ia begitu popular khususnya menjelang bulan puasa.

6. Roti John
 

Apabila tiba bulan puasa, roti john yang dikatakan berasal dari Singapura ini sememangnya salah satu pilihan  juadah berbuka puasa yang cukup istimewa. Rotinya yang lembut dengan isi di dalamnya yang terdiri daripada telur, bawang, daging atau ayam dan pelbagai perencah lain tentunya menyelerakan serta membuka selera untuk berbuka puasa.

7. Popiah basah
 

Bahagian kulit yang diperbuat daripada tepung gandum yang dicanai nipis dengan berintikan sayur-sayuran seperti timun, taugeh dan sengkuang dihiris nipis sememangnya menaikkan selera untuk berbuka puasa. Ditambah dengan kuahnya yang berbentuk sos, terdiri daripada lada kering dan kacang tanah kisar. Walaupun ia sesuai dimakan pada bila-bila masa tetapi permintaannya semakin tinggi apabila menjelang bulan  puasa.

8. Air tebu


Hidangan air tebu sememangnya semakin popular ketika bulan puasa. Ia bukan sahaja penghilang dahaga malah kaya dengan khasiat mineral. Air tebu yang baik bukan sahaja datang dari batang tebu yang diproses dengan baik malah kulitnya perlu dikopek terlebih dahulu dengan rapi bagi menghindari dari sebarang kekotoran.

9. Air katira
 

Air katira adalah minuman penyejuk tubuh yang biasanya popular si selatan tanah air di Johor dan Melaka yang sesuai diminum ketika berbuka pada bulan ramadhan. Air katira asli berwarna hijau dan mempunyai isi yang terdiri daripadai bijian katira, buah semangkuk dan selasih. Ia sukar didapatkan selain daripada bulan puasa. 

Walaupun bulan ramadhan dilimpahi dengan kepelbagaian jenis makanan yang sedap dan lazat, kita perlulah ingat bahawa bulan ramadhan adalah bulan yang menyuruh kita menahan diri dari lapar dan dahaga. Apabila berbuka berpada-padalah dan jangan makan terlalu mengikut hawa nafsu dan melakukan pembaziran. Selamat menjalani ibadah puasa dengan sempurna!

3 comments:

  1. Salam Farha..
    Ayooo.. kat sini pagi lagi tau, akak blogwalking blog ni dah tergugat iman tgk gambar makanan yg xde kt sini kecuali kurma...hehe..xsabar nk balik msia, nak pg pasar ramadhan!hehehe..

    ReplyDelete
  2. Hehe..lambatla yer..kebetulan terbaca.mmg menarik perhatian gambo2 tu.dan memg betul la antara juadah wajib cari la. n nak tau balik umah jer smalam terus cari bahan utk buat bubur lambuk..yess!menjadi jugakla walaupun xdela selengkap mane pun bahan2 yang sepatutnya. asal ade rase n bau ala2 bubur lambuk jadila..hehehe..nantikan update resepi bubur lambukku nnt..yeay!

    ReplyDelete
  3. haihhh... gambaq khatira saya ni

    ReplyDelete