APA NAK KATE EK

Terima kasih di atas kelapangan anda semua yang sudi menjenguk di ruang maya blog ku yang xseberapa ini..Minta maaf kalau ada antara kata-kataku yang terkasar, tersalah ejanya, pasar bahasanya..Kalau ada cadangan dan idea yang dapat menceriakan ruang ini, bantuan anda amatlah diharapkan.

Monday 8 August 2011

KALAU DAH JAWA NAMANYE...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pagi ni nak cerita tentang menu yang aku masak untuk juadah berbuka pada Sabtu lepas. Hehehe..pagi2 dah citer makan plak yer..tapi kenapa tajuk entry aku macam tu plak bunyi nye ek? Sebabnya aku masak SAMBAL GORENG JAWA..lalala..

Famili belah ayah aku memang keturunan jawa..kalau tengok atau dengar nama ayahku yang tercinta sudah tentu pelbagai pertanyaan akan dituju..namanya Tuan Hj. Agos Lokman bin Ashaari.. So, berbalik kepada menu tadi tu..last week tetiba teringat kt arwah embah (panggilan untuk nenek belah jawa) aku dan kampung halaman..  Dan bila bulan puase ke raya, arwah embah mesti dah sediakan masakan Sambal Goreng ni dan wajib adala! Pergi beraya di rumah sanak saudara di kampung tu pun mesti ade punyala. Kampungku di Kg. Tengah, Temoh, Perak. Jadi, biler dah teringat, akupun berusaha membeli barang2 nak buatnya. Lagipun sabtu tu aku balik berbuka di Keramat, rumah familiku.. Mesti ayah suka. Hehehe...

Bolehla jugak aku nak share resepinya di sini...

RESEPI : SAMBAL GORENG JAWA (new version :))

- Tempe (3paket)
- Kentang (4 biji)
- Kacang tanah
- Sooun (Kuning dan bihunnya)
- Ikan Bilis
- Cili Merah (Dihiris)
- Cili padi
- Kacang panjang ( untuk menambahkan hijau dalam menu ini)
- Cili kering (anggaran 2sudu setelah diblend)
- Bawang Merah
- Bawang putih
- Halia (2inci)
- Sedikit belacan (2inci)
- Garam
- Gula
- Minyak masak

(Kuantitinya ikut suka n agak-agakla nak masak banyak mana ek..kalau aku suka kentangnye lebih..hihi)
Antara bahan-bahan yang diperlukan
- Mulanya, kita potong secara memanjang macam jejari untuk tempe, kentang dan kacang panjang dan cili merah dihiris halus.
- Sementara itu, rendamkan sooun itu supaya lembut. Setelah lembut toskan.
- Kisarkan cili kering, bawang merah, bawang putih, halia, cili padi sebagai bahan menumis.
- Kemudian gorengkan tempe, kentang, kacang tanah, ikan bilis, kacang panjang dulu tapi secara berasingan.
- Kemudian ketepikan bahan-bahan yang telah digoreng tadi.
- Panaskan minyak untuk menumis bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Untuk makluman, penambahan cili  padi adalah  bagi menambahkan kepedasannya.
- Setelah pecah minyak, masukkan sooun dan bahan-bahan yang telah digorengkan semuanya ke dalam bahan menumis tadi.
- Gaul bagi mendapatkan bahan-bahan itu sebati dengan rencahnya.
-Tambahkan perisa garam dan gula secukup rasa.
- Kemudian masukkan cili merah yang dihiris tadi bagi menyeri dan menambahkan kepedasannya.
- Setelah cukup menggaul, bolehlah sedia untuk dihidang ketika berbuka nanti.

Inilah hasilnya


Rasa2 aku, mungkin ada bahan yang tertinggal n ada jugak yang aku tambah sendiri. Improvise la konon..heheh..Ini jela yang aku mampu hasilkan belajar dari peninggalan arwah embahku. Cakap jawa memang xreti pun. Huhu.. Puas hati sangat dapat masak Sambal Goreng ni. nyum2..

Selamat berkongsi resepi n selamat mencuba..:)

No comments:

Post a Comment