APA NAK KATE EK

Terima kasih di atas kelapangan anda semua yang sudi menjenguk di ruang maya blog ku yang xseberapa ini..Minta maaf kalau ada antara kata-kataku yang terkasar, tersalah ejanya, pasar bahasanya..Kalau ada cadangan dan idea yang dapat menceriakan ruang ini, bantuan anda amatlah diharapkan.

Friday 19 August 2011

Amalan di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..cepat sungguh rasenye biler sedar hari ni dah 19 Ramadhan 1432h kita berpuasa..Syukur padaMu Ya Allah kerana Engkau memberikan ku peluang untuk bangun bersahur, berpuasa, menjalankan tugasku seperti biasa.. Aku rasakan masa berlalu begitu pantas, dan terasa terlalu banyak peluang yang telah kusia-siakan.. Ramadhan yang berlalu terus berlalu.. Sesungguhnya aku mengharapkan keredhaan dariMu untuk memberi peluang agar aku memperbaiki diriku yang hina ini..

Baru-baru, aku singgah di Pameran Produk Islam di KDN..hasratku ingin mencari sesuatu yang dapat kuberikan kepada anakku..tak banyak gerai yang ada..satu gerai telah kukunjungi..yang menjual Al Quran dari sekecil saiznya hingga yang besar. Alhamdulillah, aku memang berhasrat untuk membeli Al Quran yang kecil untuk kemudahan membaca. Apabila jurujual tu tunjukkan Al Quran yang berserta Tafsirnya, Lagi aku rase senang hati.. Terase tetiba hati ni ingin mengunkap isi Al Quran yang sebenarnya. Yela, selama ni yang aku baca, sekadar baca..apa maknanya, tak pernah aku faham..

"Bulan Ramadhan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan Al Quran, sebagai petunjuk kepada manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang benar dan yang batil). Karena barangsiapa di antara kamu ada di Bulan itu,  maka berpuasalah.  Dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (dia tidak berpuasa), maka (wajib menggantinya),sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah Mengkehendaki kemudahan bagimu,  dan tidak Mengkehendaki kesukaran bagimu. Hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan mengagungkan Allah atas petunjukNya  yang diberikan kepadamu, agar kamu bersyukur.." (Ayat 185- Surah Al-Baqarah)

Contoh Sahaja
Semalam di pejabat ada ceramah mengenai Muhasabah tentang Ramadhan... banyak info yang buatkan kita rase perlunya muhasabah diri semula tentang amalan-amalan yang telah dilaksanakan di Bulan Ramadhan ini.. Ruginya rasa tidak menyerikan Ramadhan yang berlalu sebelum ini dengan amalan-amalan yang seharusnya. Nuzul Quran telah berlalu.. Dan Malam Lailatul Qadar akan ditunggu-tunggu selepasnya.. Ya Allah aku memohon agar aku masih bernafas untuk melaksanakan setiap amalan yang Kau perintahkan..

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang-Ku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku Kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran." (Ayat 186- Surah Al-Baqarah)


Kumohon padaMu Ya Allah



No comments:

Post a Comment