APA NAK KATE EK

Terima kasih di atas kelapangan anda semua yang sudi menjenguk di ruang maya blog ku yang xseberapa ini..Minta maaf kalau ada antara kata-kataku yang terkasar, tersalah ejanya, pasar bahasanya..Kalau ada cadangan dan idea yang dapat menceriakan ruang ini, bantuan anda amatlah diharapkan.

Friday 29 June 2012

Part 2- Pembelajaran dan Penguasaan Bahasa Awal Kanak-kanak

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Ok, saya nak sambung berkongsi informasi dari kursus yang saya hadiri sebelum ini. So, inilah sambungan dari part sebelum ini. Sama-samalah kita berkongsi ilmu yer..


7 Teknik Keibubapaan yang perlu diamalkan :

i) Mengajar anak-anak dari kecil kerana proses penyerapan pembelajaran meningkat 50% pada tempoh tumbesaran bayi hingga 4tahun, 30% dari umur 4 hingga 8 tahun dan 20% dari usia 8 tahun hingga dewasa.
ii) Mengajar secara berulang kali
iii) Mengajar di dalam suasana gembira
iv) Menggunakan emosi kasih sayang untuk membantu mengekalkan sesuatu di dalam minda
v) Menggunakan suara penuh kasih sayang (brain waves)
vi) Mengajar dengan cara TERATUR dan BERTERUSAN supaya mereka boleh berdikari dan menimbulkan suasana di rumah
vii) Puji anak kita bila mereka melakukan sesuatu yang baik kerana seseorang anak yang membesar dengan kepujian akan menjadi lebih dari apa yang kita harapkan.

Dan Inilah Bagaimana Kesediaan Membaca Dibentuk

"Masa untuk Kanak-kanak mula membaca adalah sebaik sahaja mereka dapat duduk diriba ibunya."

1-5 bulan           ~  Bunyi dan perkataan
6-9 bulan           ~  Menikmati lagu kanak-kanak
9-12 bulan         ~  Boleh mula kenal perkataan dengan pantas
1-1 1/2 tahun     ~  Mula mengenal gambar
1 1/2  - 2 tahun  ~  Mula membuka mukasurat buku
2 - 3 tahun         ~  Menceritakan menggunakan perkataan sendiri
3 - 4 tahun         ~  Mendesak untuk mendengar cerita yang sama
4-5 tahun           ~  Menyoal tentang cerita
5-6 tahun           ~  Mengenal dan menunjukkan kepada perkataan tertentu
6 tahun              ~   Sudah bersedia ke sekolah dan mula membaca
 
Buat dalam suasana gembira, kasih sayang, tanpa membebankan, teratur dan berulangkali adalah Kunci untuk Proses Pembelajaran di rumah yang berjaya!

Marilah para ibu kita mulakan langkah ini! Chaiyok!!

2 comments: