APA NAK KATE EK

Terima kasih di atas kelapangan anda semua yang sudi menjenguk di ruang maya blog ku yang xseberapa ini..Minta maaf kalau ada antara kata-kataku yang terkasar, tersalah ejanya, pasar bahasanya..Kalau ada cadangan dan idea yang dapat menceriakan ruang ini, bantuan anda amatlah diharapkan.

Wednesday 27 July 2011

Kerja Tetap...

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, atas usaha dan kerja keras yang dilakukan selama ini, akhirnya aku diserap tetap...

Kali ni aku nak cerita pasal perjalanan kerjayaku yang tidaklah selama orang yang betul2 ada pengalaman mcm otai2 tue..Cuma nak share je macam mane aku mampu capai ke tahap ini.

Dulu, lepas habis belajar aku pasang niat untuk mengorak langkah ke dunia kerjaya untuk bermula dari peringkat bawah.. Aku merasakan untuk betul2 dikatakan berjaya di dalam bekerja adalah mengetahui pelbagai selok-belok dalam tugas harian di pejabat. Sebab apela pulak yer.Aku fikir, bila aku dah jadi bos2 atau ketua tidaklah hanya tau mengarah semata2 kepada kakitangan yang bawah, tapi aku tau apa yang aku arahkan. Lagipun, kadang2 ada bos2 tak boleh nak hidup sendiri la kalau anak buahnya tak ada, sebab selama tu orang-orang bawah nila yang byk buat kejenya...hehehe..ade betul?


Aku mula berjinak2 keje masa aku habis SPM. Masa tue dapat peluang keje di bawah Jusco HQ sebagai Data Entry Clerk. Kejenye masukkan data pelanggan2 Jusco yang menjadi ahli di dalam sistem data. Satu borang 35sen. Memang kasi pulun la utk dapatkan upah yang banyak. Keje tak lama sebab borang2 pun habis dikey-inkan. Lagipun aku dapat peluang melanjutkan pelajaran ke IPT.

Lepas grade U, 6 bulan aku menganggur. Dalam masa tu, aku cari keje  kosong dalam paper. Aku cuba gak edarkan resume dengan surat mohon keje kosong ke setiap Kementerian2 di Malaysia. Niatnya nak keje dengan Gomen..huhu..Alhamdulillah, aku dapat keje sebagai Pekerja Khidmat Singkat di Kementerian Pelajaran untuk tempoh 6bulan.

Hari terakhir aku akan tamat kontrak PKS ni, aku dapat panggilan untuk jadi Guru Sandaran Tak Terlatih (GSTT)..Mengajar di salah satu sekolah di jalan Ipoh utk mata Pelajaran BM dan PJ..hehe memg kena dan terkena la ngan aku. Aku serba salah sebab aku tak minat jadi cikgu, dan yang pentingnya aku rase xlayak nak mengajar. hehehe..yela kan jadi cikgu ni kena batul2 bersungguh, sebab nak bagi ilmu dekat orang kan. nanti rase x ikhlas plak keje ni sebab rase terpaksa.

Tp nk jd kan cite..petang tu, aku dapat panggilan dari Kementerian Sumber Manusia yang menawarkan keje sebagai PKS juga..so itula jalan penyelesaian dan aku terima. Esoknya tamat kontrak opis lama, terus dapat keje ke opis baru plak. Ditempatkan di satu bahagian antarabangsa. Huhu..seram gak, mesti berurusan dengan orang2 atasan dan orang luar negara ke kan.Yela kita ni speaking idakler fasih bebenor..haha.. Kat cni aku keje pun tolong2 filing, buat surat, memo n tugas2 lain. Tapi yang best  nye, ade satu tugas khas aku iaitu membalut hadiah. Haa...bahagian ni memang deal dengan delegasi luar, so banyakla cenderamata yang akan disediakan dan menjadi tugas aku akan membalutnye mengikut kreativiti aku dan Bos aku pun sangat suka n kagum kebolehan aku..ikutkan ape sangatla kelebihan membalut ni ye x.hehe

Keje kat cni xlama, 3 bulan jer, sebab aku dapat tawaran sebagai Pegawai Tadbir N41 Kontrak KPM di opis lama..Alhamdulillah, naik satu tingkat kerja. Kontrak ni selama setahun dua bulan, buat bidang perolehan. Kemudiannya rezeki datang lagi apabila aku diterima permohonan kerjaya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 Kontrak JPA untuk tempoh 2 tahun dan masih setia dengan KPM. Pada asalnya nk jadikan cerita aku dah putus asa untuk menduduki exam PTD ni sebab dah hampir 5kali gagal. Dan akhirnya untuk kali ke-6, aku lulus exam PTD dan berjaya juga ke peringkat2 seterusnya sebagai PTD M41 Kontrak SPA dan bertukar ke KDN.

Setelah hampir 3tahun bekerja secara kontrak dengan Kerajaan, akhirnya pada tanggal 13 Disember 2011, kami yang bergelar PTD kontrak ni menerima berita gembira iaitu diserap sebagai PTD M41 Tetap..Ya Allah, sungguh besar kurniaanMu ini. Syukur Alhamdulillah. Walaupun status tetap, tapi aku dan kawan2 PTD yang lain masih di bawah penilaian JPA. Bertambah gembira di hati ini apabila aku dicalonkan dan menerima Anugerah Khidmat Cemerlang KDN..Terima kasih bos kerana memberi penghargaan ini dan bersyukur kepadaMu ya Allah untuk rezeki yang sekian kalinya..

Kini, aku meneruskan kerjayaku.. apa yang penting adalah keseronokan bekerja, kerana dari keseronokan akan lahirnya keikhlasan. Alhamdulillah sehingga kini setelah melalui pelbagai rintangan, dugaan, kepayahan..segalanya kuanggap sebagai kenangan manis dan pengalaman. Bermula dari tangga bawah, pelbagai ilmu dan kemahiran kuperolehi dan aku bangga dapat melakukan setiap tugasan dengan sebaiknya.

Ya Allah..ku sentiasa mengharapkan perlindungan dan bantuanMu dalam apa jua keadaan yang bakal kuhadapi...kepada suamiku, anakku, keluargaku dan kawan-kawanku dan semua..sokongan dan dorongan dari kalian penyuntik semangatku untuk terus berjuang..

2 comments:

  1. Tahniah syi..You deserve the best..Doakan kejayaan aku juga ye... :)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih..InsyaAllah..yang penting jangan putus asa..usaha,usaha,usaha sehingga berjaya..

    ReplyDelete