APA NAK KATE EK

Terima kasih di atas kelapangan anda semua yang sudi menjenguk di ruang maya blog ku yang xseberapa ini..Minta maaf kalau ada antara kata-kataku yang terkasar, tersalah ejanya, pasar bahasanya..Kalau ada cadangan dan idea yang dapat menceriakan ruang ini, bantuan anda amatlah diharapkan.

Monday, 30 December 2013

Masa..masa..masa...

Assalamualaikum,

Ambil kesempatan lagi sekali..disebabkan masa jugaklah aku sempat nak tatap blog aku yang agak jarang untuk diisi ceritanye. Masa..masa..masa..terlalu cepat kau berlalu..hanya tinggal sehari je lagi akan meninggalkan dan menutup buku tahun 2013..dan akan membuka lembaran baru tahun 2014..

Huhh..usiaku pun akan sama meningkat..apa yang telah aku lalui sepanjang tempoh itu ye..Ntahla terasa diri ini masih serba kekurangan kebaikan yang telah dibuat. Masih kurang kebajikan yang diberikan. Masih kurang juga ibadat dan keperluan hidup yang masih belum aku betulkan lagi..

Mungkin sebab itu jugaklah pelbagai ujian, pelbagai dugaan yang aku hadapi sepanjang tahun 2013 ini. Terlalu banyak.. aku pernah post kat facebook pasal tahun 2013 ni..memang benarla apa yang ku cuba sampaikan..terlalu banyak aku hadapi.. Adakalanya aku pernah rasa ingin menyerah kalah..aku terasa begitu lemah untuk terus bangun melalui semua itu. Apa yang berlaku sebenarnya? Biarlah...

Permulaan awal tahun aku masih di IKWAS..menjalani Kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) bagi keje Pegawai Tadbir dan Diplomatik ni..sampaila bulan 4.. Bila berjauhan dengan suami dan anak tersayang..begitu berat hati ni..boleh dikatakan hampir setiap hari aku menangis kerinduan. hampir setiap hari.. Kemudian, setelah tamat kursus DPA, aku ditempatkan di tempat baru yang bukan pilihanku..Besarnya nama agensi ni..besar jugakla tanggungjawab yang dipikul..seronokkah aku bekerja di sini..huhhh...

Kehilangan orang-orang yang tersayang dalam keluarga..memang menjadi satu suasana yang akan diingati sampai bila2..dua orang mak sedara aku telah pergi iaitu arwah encek, kakak sulong mama aku dan arwah mak utih, kakak kedua mama aku juga..lebih menyayat hati, arwah mak utih meninggal pada hari jadi mama..sememangnya mama berat untuk meraikan hari jadinya tahun ni. Semoga roh2 mereka dicucuri rahmat..Al-Fatihah..

Nak dijadikan cerita jugak, tahun ni sempat jugak aku dan famili pergi bercuti di Ho Chi Minh, Vietnam bulan September lepas..Seronokla kan, kalo dah berjalan tempat orang ni..shopping di sini lebih seronok rasenya berbanding di Bandung dulu..yang lebih memudahkan duit Ringgit pun boleh digunakan di sana..Ohye..post pasal percutian di Vietnam belum sempat diceritakan lagi..

Tahun ini juga aku berpeluang membuat ibadah korban masa Hari Raya Aidiladha..Alhamdulillah, ada rezeki dapatla aku melaksanakannya..cerita korban ni aku sempat post di blog ni..heheh..

Famili..aku lalui pelbagai kisah suka dan duka, gembira, bahagia dan adakalanya kecewa..biasalah kan lumrah hidup berumahtangga.. Aku harapkan tiada lagi dugaan2 yang pernah berlaku itu berulang lagi..Lindungilah Ya Allah...

Tahun ni jugak banyak berlakunya kesusahan, keburukan dan bencana dunia..kenaikan harga barang, persengketaan manusia, Taufan Haiyan, banjir teruk di pantai Timur, turunnya salji di mesir macam2 lagila keadaan yang berlaku..Allahuakbar..semakin dekat tanda2 itu..

Apa-apapun..Tahun 2013 banyak memberi aku pengalaman, kekuatan, pengajaran, pengetahuan..untuk aku jadikan pegangan dalam menuju ke tahun baru 2014 nanti.. Terima kasih dan salam kemaafan atas semua yang terlibat.. Smoga di tahun 2014 nanti memberikan satu detik perubahan yang bermakna bagi diriku, keluargaku, saudaramara ku dan sekalian umat di muka bumi.. Ya Allah..Kau berikanlah peluang kepada kami untuk memperbaiki diri kami, perbaiki perbuatan kami,ibadah kami, tanggungjawab kami agar segalanya tidak berulang lagi dan semakin kami dekati ke jalanMu Ya Allah..Aminn...



1 comment: