APA NAK KATE EK

Terima kasih di atas kelapangan anda semua yang sudi menjenguk di ruang maya blog ku yang xseberapa ini..Minta maaf kalau ada antara kata-kataku yang terkasar, tersalah ejanya, pasar bahasanya..Kalau ada cadangan dan idea yang dapat menceriakan ruang ini, bantuan anda amatlah diharapkan.

Monday, 13 April 2015

Jika Itu TakdirNya...(Part2)

Assalamualaikum..

Emm..nak sambung lagila nukilan ku pasal takdir yang kuterima ini..

Sampai hospital aku kena tunggu urusan smua..akupun dirujuk dengan seorang doktor pakar..Dr. Maryah namanya..ada beberapa jugak doktor pelatih yang datang..maka ulang cerita la aku pada mereka..pungpangpungpang...haihh...makin diceritakan makin terasa sakit..

Aku kena buatla scan sekali lagi..dan doktor2 pelatih pun same kena alert..mesin scan yang ada tu pun mcm xmemuaskan nak bagi solution and sinopsis kes aku ni..aku pun dibawa la ke klinik OnG bawah tu untuk pinjam tempat scan..tudia..besaunye mesin ni..emm..kalo xhebat gak hasilnya ntahla..sudahnya sampai 3,4 doktor pakar la yang datang check n tolong bagi sinopsis based on mesin scan 2. scan atas, scan bawah aku redha jela..siap panggil consultant untuk rumuskan.. dan memang ada cyst dalam perut aku, sakit yang aku alami tu mungkin disebabkan aku mengandung luar rahim dan dah banyak leaking dalam perut. SO doktor decide aku memang ada cyst, leaking dalam perut dah banyak, dan perlu susulan disebabkan aku mengandung luar rahim tu (ectopic pregnancy) dan doktor kate perlu buat pembedahan laparoscopy, melalui 3 tebuk untuk masukkan kamera n cuba operate ape yang perlu dikeluarkan. Andaikata ada masalah, kemungkinan aku perlu buat ceaserian..Gullp...dah terbayang dah azabnya tu..

Camnila proses yang akan dibuat
AKu dah diberi uniform pink tu..jumpala syidi kjap, dah kena bagi barang2 semua..aku soh dia pegi makan, uruskan ape2 yang patut dlu. Dan maklumkan dikatakan jam 4 camtu aku akan dibedah. Suami pun xleh jumpa lama sebab  ruang tu share dengan pesakit lain. So aku dah mula kena puasa..Tak lama dah tidur, dah bangun semua akupun akan disorong dengan katil ke bilik pembedahan. Sebelum masuk bilik OT tu, aku nampak suami aku..dapatla jumpa dan cakap sepatah dua kata..huhhh berdebarnya la hai..dengan mata yang rabun ni..rasenya dalam pukul 5 lbih kut baru aku masuk ke bilik bedah.

Aku akan ditidurkan sebentar lagi..

Agak lame kut aku xsedarkan diri..aku dah keluar dari bilk bedah dan ditempatkan di ruang pemulihan. Aku terase nak buang air dan muntah..Lepas tu aku tertido semula. Dan aku dikejutkan semula bila dah ditempatkan di bilik sementara di dewn bersalin..aku pandang jam..Ya Allah dah nak pukul10..aku minta nak jumpa suami..siannya suami dan famili aku yang menunggu kat luar..aku suruh balik, rehat2..dah lewat sgt, kesian semua..Emm..pengalaman satu malam di situ...betapa besarnya pengorbanan ibu itu untuk melahirkan..

Esoknya.. Alhamdulillah..aku masih sedar, masih mampu bernafas..aku dah yakin untuk bangun ke toilet sendiri.aku boleh makan dah.. Bile doktor Maryah round..dia bagitau apa yang dah jadi semalam. so tiub fallopian aku perlu dipotong dan dihantar ke Lab untuk kajian lanjut. Emm..aku dah boleh discharge petang tu dan diberi cuti sakit 2minggu..

Kejap lagi akan dibukala

Selfie jugala dengan baju pink dan buku temujanji serta MC

Lunch sebelum discharge

Just sharing..
 
Itulah ceritanya...sementara masih di  rumah ni la aku sempat mengemas kini blog ku.. so sekarang berpantangla aku.. Semoga aku cepat sembuh dalam dan luar..

Jika itu takdirNya...(Part 1)

Assalamualaikum...

Berkurun sangat dah tak menulis..dah nak setengah tahun 2015,takde entri yang baru dari aku.. kebetulan sekarang tengah bercuti sakit 2minggu.sempatla kut nak jenguk dan keluarkan isi cerita dalam peti kepala ni.huhu..

Kenapa aku cuti sampai 2minggu ni ye..emm..nak share la jugak..Tanggal 30 Mac 2015  Isnin lepas aku mengalami sakit perut yang tak terhingga sakitnya.. Elok bersiap-siap nak keluar pegi keje.Tapi aku cakap ngan encik suami nak pegi klinik la dulu, sakit sangat ni. Dah lepas anta fayyadh ke school (ohyela crite pasal fayyadh masuk tadika pun takde..emm..:-( ) syidi anta aku ke klinik kesihatan Presint14.dia tunggu la kejap sementara tu,nasib xramai. Dalam 15minit menunggu ku no. Aku dipanggil dan jumpala doc.bagitau la aku sakit perut dan pinggang..check2 biase tekan perut terkena part yg sakit.terkejut doc tu.dia suruh aku pergi amik urin test di klinik kesihatan Presint18 then datang balik bawak result lepas pukul2 sebab dia nak pergi hospital..emmm...

Aku antala syidi dulu memandangkan dia ade meeting pukul9.so gagahkan diri drive ke presint18..emm xde orang..Alhamdulillah..cepatla sikit urusan.dah buat urin test aku jenguk2la resultnya negatif,clear katanya..ok..pelik jugakla.

Sementara nak tunggu pukul2 nak ke KKP14, akupun usahala nak setlekan hutang PTPTN sebab esok dah due untuk diskaun 20% tu.aku pegila breakfast dulu di Perbadanan Putrajaya sebab nak ke ASB lepas tu kuarkan duit.Rupanya ASB ada certain amount yang boleh dikeluarkan dalam sehari,disyorkan pegi bank je.elokla..lagi senang keje.Alhamdulillah aku dah selesai menjelaskan hutang pengajianku..

Pukul2 aku jumpa doc tadi dan serahkan result urin test. Doc pun pelik,negatif dan clear.means tak pregnant or air kencing tak kotor. Dia bagila aku ubat angin.kalau sakit perut lagi esok terus ke hospital. aku dapat MC. Balik petang tu ntah macammane aku bleading..eh baru lepas seminggu period..darah ape pulak. Berlanjutan la malam tu dan aku masih sakit perut sampai esoknya..

Aku ke klinik semula untuk dpatkan surat rujukan kononnya..dia sohla aku refer klinik kesihatan P18. Jumpa doc kat situ, buat scan dikatakan aku ada cyst! berderau dah darah..trase mengalir air mata ni takut. Baru hari tu dok borak2 dengan opismate pasal cyst ni..tapi peliknya cyst yang dikenal pasti tu belah kanan, aku sakit belah kiri.. Doc pun bingung, dia soh refer hospital Putrajaya..sempat dia kata kemungkinan akan dibedah terus petang ni kalo confirm. Huaaaa....

Berlalu la aku dari klinik tu dengan longlai nya..Call la en suami menangis bagitau ada cyst dan pasal operate tu..xkeruan jugakla..aku sempat g opis bawak balik brg2..kut2 kna cuti lama..n setlekan ape2 yg perlu tengah hari tu..lepas tu amik suami dia ajak lunch dlu.emm..dh berzaman gak xlunch sama2..lepas lunch barula g hospital..daftar la dulu kat kecemasan..lamenye la hai..3jam ada aku dok situ sebelum berjumpa doktor..

Jumpa doc kat kecemasan tu aku kena buat urin test lagi.. dan soc buat scan..ye dia jumpa cyst yang sama belah kanan. dan macam sipi2 positif pregnant katanye tapi xjumpa kantung tu..dikhuatiri luar rahim..huhhh..sekali lagi aku seriau..dia kate aku akan dibawa refer pada doktor pakar O&G. Dalam setengah jam lebih gak kut..aku dipanggil masuk ke separa kritikal..n akan disorong ke dewan bersalin. Suami diminta naik ikut jalan luar plak.

Sampai atas aku kena tunggu doktor lagi..skali lagi buat urin test dan aku sendiri buat ujian pregnancy tu..Emm.. doc pun mudanye la hai..layan pesakit nipun nak tak nak jela..scan pun gitu2..dah bersoal jawab semua dia pn mcm blank, pelik kes aku ni..aku menyampaikan je ape yg dah doktor2 yang rawat aku dari P14, P18, kcemasan kat bawah tu cakap..pelik sebab sakit aku tu belah kiri yang bila scan xnampak ape. sudahnyaaku kena amik darah n datang lagi sekali ke Klinik bersalin Presint8 ( hasil keje syidi jugak buat klinik tu) hari khamis nanti dan jumaat. Doc bg aku antibiotik je.

Esoknya aku EL, sebab tak dapat MC pun..sakit masih xhilang..dudukla rehat aku kat umah menanggung sakit..tetiba malam tu..aku terasa macam cairan kuar dari bawah..aku bangunla ke toilet..dan..aku bleading lagi..nangis semahunya...bile kuar..kesakitan yang amat terasa..kaku frezzee aku depan tangga..Syidi dan fayyadh pun datangla paut..pimpin naik atas tidur..tapi aku memang xleh tdo..xsenang baring..sakitnya Ya Allah..

Esoknya aku ke Klinik Bersalin Presint8 untuk amik darah seperti yang ditetapkan. Aku minta nak jumpa doktor sebab sakit xsurut2, tambah sakit malam td. Nurse yg bertugas kata pukul10 baru doktor ada sebab pagi ni doktor round wad. okla..aku pun pegila brekfast ngan syidi..xpasal2 breakfast kat Paparich..pepagi hari dah makan mewah..adoiii.. lepas tu aku pun balik ke klinik tu..tunggu la jumpa doc. suppose aku kna datang esok untuk tau result darah yang diambil..tapi aku bagitaula aku dh xtahan..sakit sangat.. scan2..godek itu ini..mesin scan xmemuaskan hati..dia bawak aku naik tingkat 5kut untuk try scan guna yg lebih canggih.. scan lagi atas dan bawah, doktor yg ada pun macam xsure je komplikasi sebenar. macam dah bleading byk dalam perut, sampai uterus aku pun xjelas kat mane.sudahnya soh refer hospital juga..bile tangan dan dicucuk dengan binular, gronola apetah.dah pakai tag nama kat tangan, dah suruh buka barang2 kemas semua.maka dah sahla aku akan dimasukkn ke hospital..naik ambulance!!!pertama kaliiii...

Muka pasrah kena cucuk dan pakai tagnama

Bersambungla nanti...

Wednesday, 29 October 2014

Anak...

Assalamualaikum...

Nak setahun dah blog ni tak terisi..jenguk2 jugak..dalam pre entry banyak jugak post yang belum dipostkan..huhh..

Setiap hari macam2 kerenah si anak.. dialah seorang penghibur hati..anak ibu n ayah..Rifqee Fayyadh..dah 4tahun lebih dah..tahun depan nak tadika dah..cepatnya kau membesar la hai anak..

Kadang2 memg terasa hiba,syahdu,sebak..sampai bergenang n menitis air mata ni..ye pernah kudengar jangan menangis disebabkan anak..nanti gugur segala kebaikan dan pahala miliknya..tp adakalanye..aku menangis bkn sebab apa yang dilakukannya..tapi aku terasa aku masih belum layak menjadi ibu yang terbaik..terasa kurang cara bimbingan, tunjuk ajar, melayan anak tu..kadang-kadang terasa juga aku garang dengannya..bile dah marah mesti sedar kemudiannya..tapi itulah, dah terlanjur kata..

Aku ingin berubah..xmau lagi suka marah2..sampaikan fayyadh pun doa lepas solat tu dia cakap..ya Allah, janganlah ibu marah-marah..:"""""""""-(






Maafkan ibu fayyadh sebab ibu selalu marah, kurang bagi perhatian kat fayyadh... :'-(

Monday, 30 December 2013

Masa..masa..masa...

Assalamualaikum,

Ambil kesempatan lagi sekali..disebabkan masa jugaklah aku sempat nak tatap blog aku yang agak jarang untuk diisi ceritanye. Masa..masa..masa..terlalu cepat kau berlalu..hanya tinggal sehari je lagi akan meninggalkan dan menutup buku tahun 2013..dan akan membuka lembaran baru tahun 2014..

Huhh..usiaku pun akan sama meningkat..apa yang telah aku lalui sepanjang tempoh itu ye..Ntahla terasa diri ini masih serba kekurangan kebaikan yang telah dibuat. Masih kurang kebajikan yang diberikan. Masih kurang juga ibadat dan keperluan hidup yang masih belum aku betulkan lagi..

Mungkin sebab itu jugaklah pelbagai ujian, pelbagai dugaan yang aku hadapi sepanjang tahun 2013 ini. Terlalu banyak.. aku pernah post kat facebook pasal tahun 2013 ni..memang benarla apa yang ku cuba sampaikan..terlalu banyak aku hadapi.. Adakalanya aku pernah rasa ingin menyerah kalah..aku terasa begitu lemah untuk terus bangun melalui semua itu. Apa yang berlaku sebenarnya? Biarlah...

Permulaan awal tahun aku masih di IKWAS..menjalani Kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) bagi keje Pegawai Tadbir dan Diplomatik ni..sampaila bulan 4.. Bila berjauhan dengan suami dan anak tersayang..begitu berat hati ni..boleh dikatakan hampir setiap hari aku menangis kerinduan. hampir setiap hari.. Kemudian, setelah tamat kursus DPA, aku ditempatkan di tempat baru yang bukan pilihanku..Besarnya nama agensi ni..besar jugakla tanggungjawab yang dipikul..seronokkah aku bekerja di sini..huhhh...

Kehilangan orang-orang yang tersayang dalam keluarga..memang menjadi satu suasana yang akan diingati sampai bila2..dua orang mak sedara aku telah pergi iaitu arwah encek, kakak sulong mama aku dan arwah mak utih, kakak kedua mama aku juga..lebih menyayat hati, arwah mak utih meninggal pada hari jadi mama..sememangnya mama berat untuk meraikan hari jadinya tahun ni. Semoga roh2 mereka dicucuri rahmat..Al-Fatihah..

Nak dijadikan cerita jugak, tahun ni sempat jugak aku dan famili pergi bercuti di Ho Chi Minh, Vietnam bulan September lepas..Seronokla kan, kalo dah berjalan tempat orang ni..shopping di sini lebih seronok rasenya berbanding di Bandung dulu..yang lebih memudahkan duit Ringgit pun boleh digunakan di sana..Ohye..post pasal percutian di Vietnam belum sempat diceritakan lagi..

Tahun ini juga aku berpeluang membuat ibadah korban masa Hari Raya Aidiladha..Alhamdulillah, ada rezeki dapatla aku melaksanakannya..cerita korban ni aku sempat post di blog ni..heheh..

Famili..aku lalui pelbagai kisah suka dan duka, gembira, bahagia dan adakalanya kecewa..biasalah kan lumrah hidup berumahtangga.. Aku harapkan tiada lagi dugaan2 yang pernah berlaku itu berulang lagi..Lindungilah Ya Allah...

Tahun ni jugak banyak berlakunya kesusahan, keburukan dan bencana dunia..kenaikan harga barang, persengketaan manusia, Taufan Haiyan, banjir teruk di pantai Timur, turunnya salji di mesir macam2 lagila keadaan yang berlaku..Allahuakbar..semakin dekat tanda2 itu..

Apa-apapun..Tahun 2013 banyak memberi aku pengalaman, kekuatan, pengajaran, pengetahuan..untuk aku jadikan pegangan dalam menuju ke tahun baru 2014 nanti.. Terima kasih dan salam kemaafan atas semua yang terlibat.. Smoga di tahun 2014 nanti memberikan satu detik perubahan yang bermakna bagi diriku, keluargaku, saudaramara ku dan sekalian umat di muka bumi.. Ya Allah..Kau berikanlah peluang kepada kami untuk memperbaiki diri kami, perbaiki perbuatan kami,ibadah kami, tanggungjawab kami agar segalanya tidak berulang lagi dan semakin kami dekati ke jalanMu Ya Allah..Aminn...



Hari Coklat sedunia...di Dip N Dip, Jalan Telawi, Bangsar

Assalamualaikum..

Kelapangan ni nk amik kesempatan sekejapla nk hapdet blog yg dh lama kesunyian ni.. Nak cerita pasal percubaan aku n hero2 kesayangan pergi try makan 1 tempat ni yang penuh dengan coklattt.. Emm.. ikutkan aku ni bukanla giler2 coklat sangat melainkan coklat cadbury yang hazelnut ke mixnut ke walnut ke..tang tu memang aku gilerz..

So Sabtu lepas memandangkan perjumpaan dengan teachers Taska Fayyadh tak jadi, maka suamiku ajaklah try pegi tmpat ni..Dip N Dip namanye..kat Bangsar..pertama kali jugakla nk try layan tempat yang havoc ni..bak kate orang area2 Jalan Telawi, Bangsar ni memang orang2 yang 'up' jela..So Cekidaut dulu pic2 yang sempat diambil..

Pose dulu..

Hero kecik sibuk sama nak pilih menu dia.
Pose comel dari suamiku..Emm..masa untuk mencoklatkan tekak
Ini pilihan aku..ape namanye eh..lupa da..aku ingat kecik je..skali datang emm..amik!

Yang ni lagi besar..Chinnamon apetah..dalam dia ada potongan pisang dan eskrem..

Ha yang ni pilihan hero kecik tu..chocolate fondant..huhh macam lava coklatnya..peghhh
Cappucino utk ayah, dip n dip hot choc utk ibu n choc blend utk si kecik

Brownies crepe..sedap giler..ini pilihan si ayah
Sila jemput makan..
hamboi..tak tengok orang dah..
Aku pilih air ni sebab teringin sangat nk minum air cantik camni..tapi..

Hah kenapa tapi..plak tu..hehehe..sebabnya..aku tak habis pun..tak mampu nak dihabiskan..sangat penuh kecoklatan nye.huhuhu..lebar n besar hokey cawan tu..Apa2pun..memang menyelerakan, memang superb menu2 dia, memang happening..

So, sape2 yang sangat menggilai coklat bolehla try..ada je minuman2 ke lain2 yang tak berunsurkan coklat sangat, tapi yela kan..kalau dah memang itu tujuannya datang ke Dip N Dip ni nak merasai kegilaan terhadap coklat..ape lagi..lenjan saje..

Dan nak amik kesempatan jugaklah mengucapkan sangat2 terima kasih kepada suami tersayang coz mencadangkan dan belanja kami minum petang ni di sini..muuahhxxx...love like melty with chocolate :-*