APA NAK KATE EK

Terima kasih di atas kelapangan anda semua yang sudi menjenguk di ruang maya blog ku yang xseberapa ini..Minta maaf kalau ada antara kata-kataku yang terkasar, tersalah ejanya, pasar bahasanya..Kalau ada cadangan dan idea yang dapat menceriakan ruang ini, bantuan anda amatlah diharapkan.

Tuesday 17 July 2012

Tips Kebahagiaan Suami Isteri

Assalamualaikum,

Minggu lepas (4 Julai 2012) aku berkesempatan menghadiri satu Seminar Suami Isteri "Demi Cintaku Padamu" anjuran JAKIM..separuh hari jer seminar nie tapi memang rase tak cukupla untuk dengar segala tips dan info2 yang berguna tentang rumah tangga nie. Alhamdulillah yang bestnya suami tercinta sudi meluangkan masa untuk turut sama mendengar seminar nie..Thanks a lot dearhubby...

So adala beberapa ilmu n informasi yang bolehlah nak dikongsikan bersama di ruangan blog ku ini..

TIPS RUMAHTANGGA BAHAGIA

1. Bertanggungjawab
  •  Suami, jadilah pemimpin & ketua keluarga yang hebat. Isteri, jadilah isteri dan ibu yang ikhlas dan   terbaik.
 2.  Komunikasi
  •  Pada pagi hari, ringankan mulut untuk mengucapkan selamat pagi dan kata-kata cinta. Sentiasa berkomunikasi dengan pasangan anda walaupun mengenai hal-hal yang remeh. Berikan kata-kata semangat sebelum ke kerja dan senyuman mesra.
 3.  Berdua-duaan bersama
  • Wajib mengambil masa untuk berdua-duaan dengan pasangan anda supaya anda berdua dapat bersama dan saling bermain cinta. Tidak kiralah sebelum tidur, pada pagi hari dan pulang dari tempat keje.
4. Sekali-sekala romantik, nakal, manja dan lemah lembut
  • Jika anda tidak menunjukkan rasa cinta pada pasangan anda, mereka tidak akan tahu. Anda perlu bertindak tidak putus-putus tunjukkan rasa cinta pada pasangan anda sama ada dengan kata-kata atau fizikal.
5. Berkongsi minat walaupun berlainan
  • Apabila anda kerap berkongsi minat yang sama, anda akan rasa lebih rapat, memahami pasangan dan sayang pada pasangan anda.
6. Kenalpasti kehendak dan keperluan pasangan
  • Penuhi keperluan pasangan anda kemudian anda kenalpasti kehendak pasangan anda dan cuba penuhi kehendak dia. Tiada yang lebih bahagia apabila anda dapat menggembirakan hati pasangan anda.
7. Menjadi pendengar yang setia kepada pasangan
  • Anda dengar apa sahaja yang diutarakan oleh pasangan anda. Kemudian anda ambil berat setiap perkara yang disampaikan walaupun hal tersebut remeh. Apabila anda sudi mendengar apa yang disampaikan oleh pasangan anda, dia juga akan menjadi pendengar yang baik pada diri anda.
8.  Berani berhadapan dengan konflik
  • Jangan lari dari konflik. Jika anda lari, masalah akan menjadi besar dan anda mungkin sudah terlambat di saat anda hendak selesaikannya.
9. Sentiasa memaafkan pasangan anda
  • Maafkan kesalahan pasangan anda. Jadilah seorang yang penyayang dan pengasih. Tunjukkan rasa sayang anda dengan memaafkan pasangan anda.
10. Letakkan komitmen teratas terhadap keluarga
  • Letakkan keluarga sabagai urusan utama anda pada setiap hari. Lakukan apa yang perlu untuk menguruskan keluarga anda. Jika keluarga anda mengalami masalah, anda perlu melindungi dia. Jika pasangan anda rasa kurang semangat, anda perlu sentiasa memberi dia kata-kata semangat.
 
Petikan ini saya perolehi daripada edaran semasa menghadiri seminar tersebut. Eloklah kiranya saya share kan bersama dengan kawan-kawan semua. Selamat beramal...